Home / Semasa / Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Siti Nurhaliza, Inilah Perjalanan Beliau Sblum Menerpa Kejayaan Hingga Kini

Siapa Sangka Disebalik Kejayaan Siti Nurhaliza, Inilah Perjalanan Beliau Sblum Menerpa Kejayaan Hingga Kini

Nama penuhnya adalah Siti Nurhaliza binti Tarudin, & gelaran dalam industri tanah air Siti Nurhaliza, Dilahirkan pada tarikh 11 Januari 1979 di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.

Anak keempat daripada tujuh beradik. Tiga adik-beradiknya yg lain iaitu Saiful Bahri, Siti Norsaida & Siti Nursairah juga merupakan penyanyi. Bapanya, Tarudin Ismail (1942–2009) seorang pegawai polis berpangkat Koperal, manakala ibunya, Siti Salmah Bachik yg lahir pada tahun 1948 merupakan suri rumah & peniaga.

Sewaktu kanak-kanak, Siti Nurhaliza sering digelar “tomboy” disebabkan perwatakannya yg cergas & kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Namun begitu, di bawah jagaan ibunya, Siti beralih kepada penampilan yg lebih feminin, berbudi bahasa & lemah lembut.

Populariti beliau ditambah dengan penampilan imej yg sopan, bersih & tiada gosip yg bukan-bukan dalam kerjaya nyanyian mahupun kehidupan peribadi.

Langkahnya dalam dunia seni bermula sejak menjuarai pertandingan nyanyian Bintang HMI siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 1995.

Popularitinya memuncak selepas single sulung beliau, Jerat Percintaan merangkul trofi Anugerah Juara Lagu ke-11, selain kategori Persembahan Terbaik & Lagu Balada Terbaik.

Berkebolehan membawa pelbagai genre muzik seperti Irama Malaysia, Etnik Kreatif, Pop Soft Rock, Pop Rock, R&B, Nasyid, Balada & Dance-Pop.

Antara lagu popularnya seperti Aku Cinta Padamu, Cindai, Purnama Merindu, Kau Kekasihku, Balqis, Percayalah, Nirmala, Bukan Cinta Biasa, Lagu Rindu, Biarlah Rahsia, Anta Permana & banyak lagi.

Sehingga tahun 2005, album sulungnya telah laris sebanyak 800, 000 unit hanya utk pasaran Malaysia sahaja. Beliau juga telah mengumpul hampir 300 trofi anugerah dari dalam & luar negara & juga Mencipta 2 rekod dalam Malaysia Book of Records.

Keseluruhannya telah menerbitkan 16 buah album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi & 250 lagu & single.

Antara kebanggaan Artis pertama Asia Tenggara & ketiga dari Asia yg mengadakan konsert solo bertempat di Royal Albert Hall, London, dengan iringan Orkestra Simfoni London pada tahun 2005.

Menempa kejayaan besar di rantau Asia hingga mendapat jolokan nama “Suara Asia” & “Celine Dion Asia”. Antaranya pernah menduduki tangga kedua sebagai Asia’s Best Musical Artiste daripada MTV Asia.

Siti juga kedudukan kedua Biggest Asian Artiste oleh Channel V. Menjadi antara nama ‘Asia’s Idol’ oleh Asia News Network (ANN) & menerima penghargaan sebagai Asian Music Legend daripada Top 10 of Asia.

Sebagai usahawan, beliau memiliki aset-aset seperti Siti Nurhaliza Productions (media massa), SimplySiti (kosmetik) & Creacion (fesyen).

Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006 & dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018.

Kejayaan Besar Dato Seri Siti Nurhaliza Yang Dikagumi Ramai.

Bakatnya sejak kecil sudah tdk boleh dinafikan lagi. Bermula dengan hanya membantu ibunya menjual kuih serta didorong oleh kakak ipar & abangnya utk menyertai Bintang HMI 1995siapa sangka sejak itulah nama Siti Nurhaliza mula bergemerlapan hingga kini.

Menjadi juara Bintang HMI 1995 adalah satu pengalaman yg tdk akan dilupai Siti k3rana disini jugalah beliau mengenali Allahyarham Adnan Abu Hassan yg mengilap bakatnya.

 Voice of AsiaKejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa. Siapa sangka lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala & Purnama Merindu yg menjadi pilihan Siti Nurhaliza telah menobatkan Siti sebagai Voice of Aisa pada 2002.

Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music FestivalSebelum menempa sebagai Voice of Asia, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yg diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999.

Lebih 200 Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar

Boleh dikatakan hampir semua pertandingam yg tercalon nama Siti Nurhaliza, pasti akan terselit namanya utk memenangi anugerah yg dipertandingkan. Buktinya Siti kini telah mendapat lebih dari 200 anugerah & penghargaan dari dalam & luar negara. Salute!

Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records

Bukan satu tapi dua rekod Malaysia telah dicipta oleh Siti Nurhaliza sekaligus melayakkan namanya tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London & rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)

Lebih dari 250 Lagu TerhasilSehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi & telah merakam lebih 250 lagu & single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.

Siti Nurhaliza kini merupakan antara artis yg paling berpengaruh & telah diundi lebih dari 10 kali berturut-turut utk kategori artis serantau paling popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura & Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula tahun 2001 sehingga kini.

Memegang rekod sebagai artis Malaysia pertama yg mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London bukanlah satu perkara yg biasa. Ini k3rana Royala Albert Hall adalah satu pentas berprestij dunia & sepanjang Siti membuat persembahan disini, ianya Sold Out!

Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth

Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia utk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II & konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh & dikalangan ahli delegasi & pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yg daripada Negara-negara Komanwel. Sehingga kini, saat itu sangat manis dikenang.

Muslim Paling Berpengaruh

Tahun lepas, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yg disifatkannya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yg paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yg diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan.

10. Datuk, Dato Sri Dan Biduanita?

Kerana pencapaiannya yg terlalu membanggakan, Siti Nurhaliza bukan sahaja menerima anugerah yg pelbagai malah institusi diraja turut mengiktiraf pencapaian Siti dalam mengharumkan nama negara.

Selepas dikurnikan Datuk & Dato Sri, nama Siti Nurhaliza antara yg disebut-sebut sebagai Biduanita Negara yg ketiga selepas Puan Sri Saloma & Datuk Sharifah Aini.

Sumber : iluminasi & hangat.com

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.