Home / Semasa / Suka Hati Mem’boddo’kan Orang Lain, Ustaz Popular Terima Teguran | Article Update

Suka Hati Mem’boddo’kan Orang Lain, Ustaz Popular Terima Teguran | Article Update

Setiap pendakwah atau penceramah agama mempunyai identiti serta stail mereka yg unik & tersendiri.

Masing-masing mempunyai perwatakan yg berlainan yg lahir dari latar belakang pendidikan & pengalaman hidup yg berbeza.

Kebiasaannya, seorang ustaz memang suka menceriakan suasana dengan melawak. Tetapi, ada juga yg didapati terlalu selamba menggunakan bahasa yg kurang sopan ketika berceramah.

Seperti yg didedahkan oleh Asraff Jeffery melalui satu hantaran di Facebooknya, seorang ustaz popular ini selalu menggunakan perkataan ‘bodoh’ dalam dialek Terengganu ketika berceramah.

Beliau yg agak tersinggung telah membuat hantaran berikut sebagai teguran agar kita sama-sama dapat bermuhasabah & memperbaiki diri di bulan Ramadan yg mulia ini.

Ustaz

Saya ada tengok video seorang Ustaz yg popular dengan ‘BODDO’ jawab soalan penonton tentang layakkah seorang Muslim mem-boddo-kan orang lain.

Ustaz itu memberi alasan sebab semua antara kita asalnya bodoh, bila diajar baru jadi cerdik.

Kemudian ditambah lagi supaya terus berterus-terang. Kalau tak nak guna kurang cerdik, boleh sebut bodoh. Dan tak perlu sebut Non-Muslim tetapi terus sebut kafir. Anda boleh cari sendiri video tersebut.

Saya terus teringat firman Allah dalam surah Taha ayat 43 & 44;

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yg lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Musa & Nabi Harun utk pergi berdakwah kepada manusia yg mengaku dirinya Tuhan. Allah pesan supaya Nabi Allah berdua guna kata-kata yg lembut, bukan kata-kata yg kasar.

Yang mana kita nak ikut?

Ramai pengikutnya mempertahankan amalan Ustaz tersebut katanya ‘BODDO’ dalam loghat Tganung bersifat manja. Saya pun belajar di Terengganu dulu.

Tapi manja tak manja perkataan itu, cuba ada kawan sembang dengan kita, dia sebut BODDO dekat mak ayah kita, manja lagi ke tak? Nak sebut dekat ibu bapa orang lain pun kita fikir tiga empat kali walaupun dengan niat bergurau.

Kenapa dalam banyak-banyak perkataan yg ada di atas muka bumi ini, perkataan itu juga yg digunakan?

Bila kita berdakwah, kita kena jaga hati semua pihak. Tidak boleh buat sesuatu yg membuatkan pendengar rasa tdk selesa. Bukan tiada perkataan lain yg lebih mesra utk digunakan, banyak.

Ustaz tdk maksum, mereka tdk lari dari melakukan kesalahan. Yang masuk ke dalam Syurga Allah bukanlah orang yg alim. Yang mulia di sisi Allah, bukanlah Ustaz. Tetapi mereka yg bertaqwa. Dan adakah orang yg bertaqwa pada Allah akan membenarkan kata-kata kesat?

Pesan saya, jangan sesekali taksub pada susuk tubuh seseorang atau ap4-ap4 sahaja kecuali pada Allah. Benar, mungkin Ustaz itu hebat, dia banyak ilmu, tampak beriman tetapi selagimana dia adalah manusia, dia tdk akan lari dari kesalahan. Perkara yg baik kita ambil, yg buruk kita tegur. Ini perangai Mukmin.

Belajar utk letak sempadan.

Selamat berpuasa.

Sumber: Facebook Asraff Jeffery

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.