Home / Semasa / Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil

Denda RM7.7 juta jika tanam pokok Guarana Brazil

Kuala Lumpur: In’dividu atau pi’hak di ne’gara ini yang sen’gaja me’nanam po’kok Guarana be’rasal dari Brazil bo’leh di’kenakan pe’nalti se’hingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta).

 

Ja’batan Per’tanian Malaysia Kementerian Pertanian dan Industri Ma’kanan (MAFI) dalam ken’yataannya tadi me’maklumkan, larangan itu adalah ter’maktub di bawah undang-undang Brazil (Access and Benefits Sharing of Genetic Resources and Associated Traditional Knowledge).

 

Me’nurutnya, ke’rajaan Malaysia, ja’batan, agensi, mana-mana sya’rikat atau in’dividu yang me’nanam gu’arana adalah be’risiko dikenakan

 

tin’dakan pe’rundangan oleh Kerajaan Brazil se’kiranya tanaman ini di’biakkan atau di’komersialkan da’ripada biji benih yang di’bawa ma’suk secara tidak sah.

 

“Jika di’sabitkan ke’salahan, boleh di’kenakan tin’dakan a’maran, sita dan pe’nalti sehingga R$10 juta Real Brazil (RM 7.7 juta).

 

“Ke’tika ini Jabatan Pertanian Malaysia su’dah di’maklumkan oleh

 

Ministry of Agriculture Livestock and Food Supply (MAPA) Brazil, me’lalui surat OFÍCIONº5/2020/DSV/SDA/MAPA ber’tarikh 8 Januari 2020 ba’hawa negara Brazil hanya mem’benarkan pen’geksportan buah guarana bagi tujuan pem’prosesan dan ma’kanan manusia sahaja.

 

“Berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981, pengimportan tumbuhan dari negara berisiko tinggi yang endemik kepada penyakit South American Leaf Blight (SALB) iaitu oleh kulat Microcyclus ulei kepada tanaman Hevea adalah dilarang, kecuali bagi tujuan penyelidikan,” katanya kenyataan itu.

 

Guarana atau nama saintifiknya Paullinia cupana adalah tanaman herba semulajadi di Lembah Amazon terutamanya di Brazil.

 

Lembah Amazon juga adalah kawasan penanaman getah dengan insiden

 

serangan penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (South American Leaf Blight, SALB) yang amat tinggi.

 

Spora SALB yang menjangkiti tanaman getah akan menyebabkan

 

pertumbuhan pokok getah terbantut dan tidak dapat mengeluarkan hasil yang produktif.

 

Keadaan ini boleh melumpuhkan industri getah negara yang bernilai lebih RM18 bilion setahun.

 

Penyakit ini mengakibatkan kegagalan industri getah di negara Brazil dan

 

negara-negara SALB yang lain seperti Colombia, Costa Rica, Surinam dan Panama.

 

“Berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh negara Brazil dan impak negatifnya kepada industri getah negara, Jabatan Pertanian tidak pernah membenarkan petani atau usahawan melaksanakan projek penanaman guarana untuk dikomersialkan di negara ini.

 

“Ini adalah kerana sumber benih guarana yang dibawa masuk ke dalam negara ini secara haram untuk dikomersialkan adalah tidak sah

 

dari sudut perundangan negara berdasarkan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981.

 

“Penanaman guarana di Malaysia adalah berisiko membawa penyakit baharu lain seperti Colletotrichum guaranicola yang hanya dilaporkan menyerang spesis guarana. Maklumat mengenai penyakit C. guaranicola adalah terhad dan akan menyukarkan kawalan dilakukan sekiranya serangan berlaku di Malaysia.

 

“Selain itu, biji guarana yang sudah matang perlu diproses sebelum ekstrak guarana dapat digunakan bagi tujuan komersil. Ini menunjukkan keperluan untuk penyediaan industri hiliran bagi pemprosesan guarana

 

dan mendatangkan masalah kepada petani atau usahawan untuk menjual hasil tanaman selepas dituai sekiranya tiada pusat pemprosesan,” kata kenyataan itu tadi.

 

Sebelum ini tular dakwaan benih pokok ini dijual pada harga RM50 cuba diedarkan kepada petani di Sabah.

 

Kredit : Harian Metro

About admin2

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.