Home / Semasa / Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

Perjuang Nasib Bella, TMJ Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kes perbicaraan tentang pengabaian & penganiayaan terhadap anak istimewa, adik Bella.

Perkara itu turut mendapat perhatian isteri kepada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Menerusi satu entri di Insta Story, Che’ Puan Khaleeda berkata dengan kuasa yg dimiliki, beliau mahu membantu dengan melakukan ap4 sahaja demi menegakkan keadilan buat adik Bella.

Selepas Che’ Puan Khaleeda, giliran Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut menawarkan khidmat peguamnya secara percuma bagi menjalankan arahan memerhati (watching brief).

Tunku Ismail berkata, beliau akan menghubungi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berhubung tawaran tersebut.

“Saya telah berhubung & berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai kes penderaan Bella. Kes ini sedang berjalan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur & pihak pendakwaan kerajaan sudah memulakan perbicaraan terhadap OKT (orang kena tuduh) dalam kes ini,” katanya.

Tambah Tunku Ismail, kes pendakwaan pada ketika ini melibatkan dua pihak iaitu pendakwa raya kerajaan bagi pihak kerajaan/awam & peguambela yg dilantik utk mewakili tertuduh (OKT).

“Saya akan menghubungi Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita & Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun & menawarkan perkhidmatan peguam-peguam saya secara percuma utk menjalankan arahan memerhati (watching brief) bagi pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat utk kes ini,” katanya.

Terdahulu, Tunku Ismail ada memuat naik kembali perkongsian isterinya yg menggesa keadilan buat Bella.

Sumber:Rotikaya

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.