Home / Semasa / Mi ‘Berulat’ Di Bazar Ramadan, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu Untuk Elak Kejadian Sama Dari Berulang | Article Update

Mi ‘Berulat’ Di Bazar Ramadan, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu Untuk Elak Kejadian Sama Dari Berulang | Article Update

Beberapa ‘menu baharu’ didapati telah berjaya menarik perhatian mereka yg sering berkunjung ke bazar Ramadan tahun ini.

Menu yg turut dikenali sebagai juadah berbuka ‘hauk’ oleh Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut adalah seperti ‘Nasi Kerabu Berulat’, ‘Ayam Goreng Recycle’, ‘Ayam Bakar Mentah’ & ‘Tepung Pelita Berlendir’.

Turut mendapat tempat di hati pengunjung bazar Ramadan kali ini ialah ‘Kuih Limas Dengan Inti Gumpalan Rambut’ & yg paling berjaya membuatkan ramai kembang tekak iaitu ‘Mi Sotong Bersalut Ulat’.

Sebenarnya, walau sebersih mana pun penyediaan makanan itu dibuat & sesegar mana pun bahan mentah yg digunakan, risiko pencemaran masih ada sekiranya makanan yg dimasak panas-panas itu tdk disimpan dengan baik, tdk ditutup & terdedah.

Seperti yg berlaku di sebuah gerai popular yg menjual mi goreng bersama sotong berharga RM30 di Bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yg tular di TikTok baru-baru ini.

Bukan sihir, bukan unsur mistik, bukan sebab cili jeruk, bukan keluar dari janggut sotong tetapi perkara tersebut berlaku disebabkan oleh — LALAT.

Pengguna Facebook, Abdul Muin telah membuat satu perkongsian yg sungguh bermanfaat mengenai isu ini utk dijadikan pengajaran buat penjaja & pelanggan bazar Ramadan di seluruh Malaysia mengelak kejadian yg sama dari berulang.

NOTA: Beliau turut menasihatkan pembaca agar jangan menggunakan Google Images utk mencari maksud Myiasis. Anda telah diberi amaran.

Mi Berulat

Mee Sotong Bazar

1. Gapo dio namo ni? Ni nama dia Musca domestica. Sejenis lalat perumah. Suka hinggap di tempat berbau & berhaba panas (i.e bangkai haiwan) utk bertelur.

2. Boleh keluarkan telur dalam beberapa saat. Telur dia boleh menetas menjadi larva (ulat) dalam beberapa jam jika kena dengan suhu sekeliling (~40°C).

3. Jika tengok dalam video, saiz larva masih kecil, baru menetas, telur mungkin mencemari makanan beberapa jam sebelum. Mungkin 30 minit setelah dimasak, di mana suhu makanan menarik perhatian lalat.

4. Lalat suka suhu suam ni sebab bangkai pun keluarkan haba hasil proses penguraian bakteria. Bangkai = makanan yg banyak utk larva lalat yg bakal menetas.

5. Bangkai juga keluarkan bau. Lalat tak reti beza bau busuk atau sedap. Sebab tu bila ada makanan berbau (petai, budu, belacan) lalat pun sampai.

6. Larva lalat biasanya tdk akan menyerang tisu hidup haiwan kecuali beberapa spesies lalat seperti Botfly yg tanam telur dalam kulit hos mamalia.

7. Namun, larva lalat boleh menyebabkan serangan Myiasis (don’t Google Images this). Tisu nekrosis pada haiwan hidup akan tarik perhatian lalat utk bertelur & larva menetas & makan tisu tersebut & sebabkan komplikasi yg lebih teruk akibat respon sistem imun & sisa toksik hasil kumuh larva tersebut.

8. Walaupun situasi Myiasis ini jarang berlaku. Lalat sangat terkenal sebagai vektor jangkitan Tifoid, Kolera, Shigella & E. coli. Lalat yg hinggap di bangkai haiwan, persekitaran yg kotor serta najis akan memindahkan bakteria patogenik ke atas makanan yg dihinggapi mereka.

9. Mengikut saranan KKM, pengguna diunjurkan utk memilih premis makanan yg bersih & menutup hidangan makanan mereka daripada terdedah secara terbuka.

10. Malah bagi yg muslim, Nabi Muhammad mengajar kita utk menutup bekas makanan utk mengelak daripada wabak & gunalah walaupun batang lidi letak atas bekas makanan sebab nak suruhnya kita ini TUTUP BEKAS MAKANAN.

11. Jadi soalnya bukan pasal baru masak atau tdk. Soalnya seberapa pantas lalat boleh hinggap & bertelur. Sekian.

Sumber: Facebook Abdul Muin

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Risau Anak Remaja Minat K-Pop? Ini Nasihat Buat Para Ibu Bapa | Article Update

Memang mencabar utk mendidik anak zaman sekarang lebih-lebih lagi ketika mereka sedang meningkat dewasa & …

Leave a Reply

Your email address will not be published.