Home / Semasa / Muda Primula – Asal Usul Di Sebalik Nama Watak ‘Sek Deber’ Terengganu | Article Update

Muda Primula – Asal Usul Di Sebalik Nama Watak ‘Sek Deber’ Terengganu | Article Update

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti tiba-tiba menjadi trending di laman sosial sebaik mula ditayangkan di Astro Ria mulai 21 Mac 2022 yg lalu.

Walaupun drama 16 episod karya terhebat daripada pengarah Sabri Yunus tersebut telah selesai melabuhkan tirai tayangannya baru-baru ini, ramai penonton masih belum berhenti bercakap mengenainya.

Siri ini juga mendapat pujian k3rana dikatakan berjaya mengangkat kualiti drama Melayu ke tahap yg luar biasa & berbeza dengan drama-drama ‘pukul 7’ yg dihidangkan selama ini kepada penonton.

Muda Primula

Satu lagi faktor yg membuatkan drama ini sangat digemari ialah disebabkan barisan pelakonnya yg mantap terutama sekali Eman Manan yg memegang watak ‘lejen’ bernama Muda Primula.

Seorang pengguna Facebook, Khairul Amri Salah Pikri telah berkongsi satu fakta yg menarik yg mungkin orang ramai tdk tahu mengenai asal usul nama Primula.

Di sebalik kegerunan watak ‘gedebe’ Muda Primula yg dibawakan olehnya, Eman Manan juga dikatakan turut digeruni k3rana personalitinya yg sebenar.

Betul ke? Jom ikuti hantaran menarik yg dibuat oleh Khairul Amri ini.

Muda Primula

Dalam cerita Pok Ya Memburu Siti, Nama Muda Primula ni diambil dari Primula Hotel Kuala Terengganu. Zaman 80-90an dulu, tingkat paling atas Primula dengan kafe bawah mengadap pantai sangatlah sohor di kalangan orang tempatan. Tempat berjimba & bersosial, tempat orang kenamaan & selebriti.

Tapi nama Primula ni bukan sebarang nama. Nama Primula adalah nama pertama Kuala Terengganu yg ada dalam catatan sejarah. Ptolemy, seorang ahli kaji bintang Greek telah mencatatkan dua buah Pelabuhan di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu iaitu Primula & Kole. Primula dipercayai di Kuala Terengganu & Kole di Kemaman.

Nama ini dicatat pada kurun ke 2 Masihi, iaitu 400 tahun sebelum Islam diturunkan. Bermakna, sudah ada ketamadunan & laluan utama utk pedagang. Ketamadunan ini sama zaman dengan Kedah Tua, pasti akan ada berbagai tinggalan sejarah. Cuma eksplorasi tdk dijalankan oleh mana-mana pihak.

Karekter Muda Primula tu boleh dikatakan mewakili 90% perangai sek deber Terengganu. Tidak perlu ramai, datang seorang sudah menggerunkan. Pukul dulu baru bincang kemudian. Tapi Eman Manan ni power, aku kena cekak paha dengan dia pun seharian terasa sakit. Patu tiap kali jumpa mesti dia cekak paha aku. Aku pernah try pegang paha dia, keras weh macam batang kayu. 🤣

Sebagaimana garang dia dalam drama, begitulah garang dia di luar. Pernah Kg Atas Tol lawan bola, bila dia mari tengok bola semua kaki gomo berundur dok berani buat onar. Dekat Kg Atas Tol, susah nak cari port hisap dadah atau runner dadah masuk menjual. Pernah dia robohkan rumah buruk seorang diri sebab situ jadi port dadah. Tanya la budak Atas Tol. Hahaha.

BACA: Kisah Yakuza Tanah Melayu Yang Berasal Dari Kuala Terengganu

Sumber: Facebook Khairul Amri Salah Pikri

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.