Home / Semasa / Naim Daniel Mengaku ‘on off’ Dirikan SoIat , Kongsi Tips Untuk Solat Penuh – | Article Update

Naim Daniel Mengaku ‘on off’ Dirikan SoIat , Kongsi Tips Untuk Solat Penuh – | Article Update

Baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah, penyanyi & pelakon Naim Daniel mengakui bahawa dirinya masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan rukun Islam kedua iaitu mendirikan solat.

Kata Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, mengerjakan solat bukan suatu perkara yg mudah & dirinya sendiri masih banyak ruang perlu diperbaiki dalam perihaI tersebut & itulah pentingnya menyegerakan solat apabila sampainya waktu.

“Untuk orang yg solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan utk buat kita tak tinggal s0Iat. Kau kena wujudkan urgency (kesegeraan) utk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” ciapnya menerusi Twitter.

Tambah pelantun lagu Purnama itu lagi, apabila dapat berhubung dengan Allah secara konsisten, akan timbulah rasa kemanisan iman yg dicari-cari.

“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yg luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yg rasa. Manis rupanya,” coretnya lagi.

Terang Naim yg juga merupakan seorang peIakon, mendirikan solat pada awal waktu adalah sangat penting buat individu sepertinya yg masih bertatih dalam urusan mencari kesempurnaan dalam ibadah.

“Aku cakap begini sebab aku antara orang yg solat ‘on off’ itu, nak wujudkan rasa pentingnya solat tu sendiri sebab itu aku wujudkan urgency dalam diri nak latih diri.Kalau iman seseorang itu memang sudah solid (sekukuh) batu-bata kemudian tak payahlah amalkan benda ini,” coretnya.

Terdahulu, Naim, 25, berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah sekitar awal April lalu.

Lihat ap4 komen netizen

Lawin : Kalau aku punya cara..jgn tinggal subuh je

Zul : Kau kena byk solat sunat baru yg wajib tu kau tak tinggalkan. Cuba solat dhuha dulu. Lepas tu kau mesti rasa pelik kenapa yg sunat kau buat yg wajib kau tinggalkan

Haider : Didik iman, yg lain akan follow

Khairulnaim : Subuh jgn tinggal..phone jauhkan kalau masuk waktu..Kalau kau dirikan solat subuh,solat waktu lain akan rasa rugi jika tinggalkan.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Yusuf Al-Qaradawi meninggal dunia | Article Update

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 96 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.