Home / Terkini / Syarikat Milik TNB Raih Anugerah Syarikat Telekomunikasi Jalur Leb4r Terb4ik Malaysia 2022

Syarikat Milik TNB Raih Anugerah Syarikat Telekomunikasi Jalur Leb4r Terb4ik Malaysia 2022

Penyedia telekomunikasi jalur lebar milik sepenuhnya Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allo Technology (Allo) telah dinobatkan  sebagai Syarikat Telekomunikasi Jalur Lebar Terbaik Malaysia tahun 2022.

 

Pengiktirafan itu dicapai menerusi Anugerah Telekom Asia 2022 yang diadakan secara maya pada Mac lalu.

 

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Ghous Ahmad berkata, Allo memanfaatkan rangkaian optik gentian TNB di Semenanjung Malaysia yang sepanjang 18,000km serta bekerjasama rapat dengan pelbagai Penyedia Perkhidmatan Runcit (RSP) untuk menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) pada kadar yang lebih pantas dan harga berpatutan di kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan.

Allo sebelum ini menyatakan bahawa mereka menyasarkan 300,000 premis di seluruh Semenanjung disokong oleh rangkaian gentian optik mereka sebelum penghujung tahun ini.

Sumber: The Asian Business Review

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.