Home / Semasa / Gesa Struktur Tambahan Dibuka Dalam Masa Yang Ditetapkan, MPAJ Keluarkan 62 Lagi Notis Amaran | Article Update

Gesa Struktur Tambahan Dibuka Dalam Masa Yang Ditetapkan, MPAJ Keluarkan 62 Lagi Notis Amaran | Article Update

Susulan dari tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) terhadap binaan struktur tambahan sebuah unit flat yg tular pada 25 Mei lalu, sebanyak 62 lagi notis terhadap pemilik unit yg melakukan ubah suai & membina struktur tambahan tanpa kebenaran telah dikeluarkan.

Menurut Sinar Harian, Notis 72(1) Akta Jalan, Parit & Bangunan (Akta 133) yg dikeluarkan oleh Jabatan Bangunan & Senibina serta Jabatan Penguat Kuasa MPAJ tersebut dibuat menerusi rondaan & pemantauan yg dijalankan pada 1 Jun lalu.

Pegawai Perhubungan Awam MPAJ Norhayati Ahmad berkata, ubah suai & tambahan struktur itu melanggar syarat hak milik bersama Badan Pengurusan Bersama (JMB) & syarat tanah hak negeri.

Selain dari perlu membuka struktur tambahan yg dibina, MPAJ turut menegaskan bahawa kosnya juga perlu ditanggung sepenuhnya oleh pemilik.

Menurutnya lagi, sekiranya masa yg telah ditetapkan tdk dapat dipatuhi oleh pemilik, tindakan seterusnya akan diambil oleh pihak MPAJ.

“Kesemua unit berkenaan perlu membuka struktur tambahan yg telah dibina dalam masa yg ditetapkan & kos adalah atas tanggungan pemilik sepenuhnya, sebelum tindakan lanjut akan diambil oleh pihak MPAJ,” jelasnya dalam satu kenyataan.

“MPAJ ingin menegaskan bahawa tindakan mengubah suai struktur sedia ada atau menambah struktur binaan di bahagian tepi & belakang kediaman berstrata seperti flat, pangsapuri & kondominium adalah satu kesalahan & tdk dibenarkan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, dalam satu laporan berbeza oleh The Star pula, dikhabarkan kira-kira 100 penduduk telah memohon supaya penguatkuasaan tersebut ditangguhkan.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Ahli Majlis MPAJ, Anfaal Saari yg menjelaskan antara rayuan penduduk yg diterimanya memberi alasan bahawa keluasan unit dua bilik yg dibina pada tahun 1980-an itu adalah sempit.

Notis MPAJ

BACA: Contoh-Contoh Binaan Haram Rumah Flat Yang Tidak Terkawal Pada Hari Ini

Sumber: astro AWANI

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Tangki Air Pecah, Fasiliti Dan Infrastruktur Sekolah Yang Uzur Mula Cetus Kebimbangan Orang Ramai | Article Update

Dalam satu kejadian yg dilaporkan semalam, beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di …

Leave a Reply

Your email address will not be published.