Home / Semasa / Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

Jurugambar sanggup kena sidai, pujuk bayi menangis demi foto impian mak ayah

MENGAMBIL gambar atau photoshoot bayi sudah menjadi satu trend pada masa kini.

Malah pelbagai tema & gaya dapat kita lihat pada si comel yg berusia antara tujuh hingga 30 hari mengikut citarasa ibu bapa masing-masing.

Menjadikan aktiviti mengambil gambar sebagai kerjaya, Mohammad Zainin Zamanhuri, 35, atau lebih dikenali sebagai Takara Sakana berkongsi mengenai tugasnya sebagai seorang jurufoto bayi atau newborn photoshoot.

“Photoshoot bayi ni sudah ada sejak dahulu lagi, tapi masa umur tiga hingga 12 bulan pergi ke studio kedai gambar ambil foto sambil meniarap atau baring utk buat kenangan semasa kecil.

“Sekarang photoshoot bayi semakin menjadi ikutan. Newborn photoshoot bermakna bergambar semasa umur bayi kurang 30 hari tetapi paling bagus sebelum 14 hari.

“Saya pilih bayi umur bawah 30 hari sebab pada usia begini masanya lebih banyak tidur & sangat mudah utk diambil gambar. Otot-otot bayi pun masih lembut & senang utk dibentuk,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman kerjanya dalam bidang ini sejak 2014, Takara sudah berdepan dengan pelbagai permintaan oleh ibu bapa si comel.

Dia yg bekerja sebagai jurugambar sepenuh masa telah merentasi setiap negeri & lokasi demi mengikut permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, pemuda yg menetap di Ipoh, Perak ini mengakui tugasnya amat mencabar tetapi dia tdk pernah merungut malah hasil yg diberikan cukup menakjubkan & di luar jangkaan.

Antara gambar diambil atas permintaan pelanggan.

“Bermacam-macam stail mengikut citarasa & trend semasa. Ada yg minta anak mereka jadi superhero, pendekar, rockstar, ustaz atau ustazah, seperti bunga & bermacam-macam lagi yg menjadi pilihan ibu bapa utk bayi mereka.

“Saya mula mengambil gambar bayi ini kira-kira lapan tahun lalu. Dari Perlis hingga ke Johor saya akan pergi ambil gambar bayi. Di mana ada permintaan, InsyaAllah saya akan sampai. Pernah juga hingga ke Kuching, Sarawak, merasa naik kapal terbang.

“Sekarang saya jadi photographer sepenuh masa. Sebelum photoshoot bayi saya jurugambar utk majlis kahwin & majlis-majlis lain. Trend photoshoot bayi ini sudah lama di luar negara cuma belum ramai yg ceburi bidang ni. Di Malaysia masa dulu ada dua atau tiga orang sahaja yg buat,” ujarnya lagi.

Takara mengambil beberapa langkah bagi memastikan kerjanya menjadi mudah & proses mengambil gambar bayi berjalan lancar.

Apatah lagi bapa kepada tiga cahaya mata ini melakukannya secara bersendirian tanpa bantuan orang lain dalam menjayakan penghasilan gambar.

“Baby menangis itu biasa dalam erti kata lain kena sidai. Jadi saya akan pastikan sebelum photoshoot baby sihat & tak meragam. Kalau semasa photoshoot baby menangis saya akan cuba pujuk sendiri dahulu, jika tdk boleh baru minta tolong ibu bayi.

“Lagipun hanya saya seorang sahaja yg pergi ke rumah client. Saya yg handle bayi & saya jugalah photographer. Di negara kita pun jarang jumpa photographer lelaki ambil gambar bayi,” katanya.

Takara selesa melakukan kerja secara berseorangan.

Baru-baru ini tular video yg dimuat naik di TikTok Takara mengenai pakaian yg bertemakan Busana Pahlawan dikenakan pada seorang bayi.

Video yg meraih hampir 1 juta jumlah tontonan ini telah mendapat pujian netizen yg teruja melihat seorang bayi dipakaikan keris & tengkolok mini mengikut tema Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, sebuah filem baharu arahan Syamsul Yusof.

“Pakaian bayi ini istimewa sikit sebab saiz kecil. Jadi saya terpaksa buat tempahan khas. Begitu juga dengan props. Kebanyakannya saya akan tempah dari luar seperti set baju & prop-prop kecil, ada juga dari Malaysia seperti busana pahlawan yg direka khas.

Antara hasil bidikan Takara.

“Selalunya saya akan baca komen-komen followers, jadi ada yg minta special custom. Jika tiada halangan bolehlah sediakan & ikut. Kos bermula dari RM700 sehingga RM1,800 utk sesi bergambar. Barang baby semua saya sediakan, hanya sediakan bayi sahaja.

“Mengenai busana pahlawan itu, ia sudah digunakan pada Mac lalu semasa photoshoot di Kedah. Sekarang trending cerita Mat Kilau, kebetulan ada client saya yg berkenan prop tersebut. Lagu saya cari muzik awal serunai silat & saya cantumkan dengan lagu Datuk M. Nasir dengan lagu Mentera Semerah Padi. Tak sangka boleh vir4l,” ujarnya.

 

Sumber: Mstar Online

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Gelang Ion Negatif – Fesyen Aksesori Perhiasan Diri, Benar-Benar Ajaib Atau ‘Scam’ Semata-Mata? | Article Update

Pemakaian gelang sebagai fesyen & aksesori perhiasan diri memang tdk dinafikan dapat menyerlahkan lagi penampilan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.