Home / Semasa / 7 Sebab Kenapa Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Ini Gagal Tarik Pengunjung | Article Update

7 Sebab Kenapa Pusat Beli-Belah Di Cyberjaya Ini Gagal Tarik Pengunjung | Article Update

Menyedihkan apabila melihat sebuah pusat beli-belah yg terletak di Cyberjaya kini seakan-akan lengang & sunyi sepi tanpa pengunjung.

Dalam satu video pendek yg kini tular di TikTok, pusat beli-belah yg dikenali sebagai pasar raya Muslim pertama di Malaysia itu juga kelihatan seolah-olah terbiar kosong.

Apa sebenarnya yg terjadi kepada pasar raya yg sebelum ini dikatakan berupaya mengangkat imej bisnes Melayu moden di bandar yg menjadi hab IT negara tersebut?

Dr. Taha Omar yg diminta utk memberi sedikit komen mengenai perkara ini telah menggariskan 7 faktor yg mungkin menjadi punca kegagalan pasar raya di Cyberjaya tersebut melalui hantaran di Facebooknya berikut:

Pusat Beli-Belah Cyberjaya

Viral video sebuah mall “kosong”

Warning: Bacaan Panjang (5 minit)

Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu tentang sebuah mall yg telah di-anak-angkat-kan oleh penduduk Cyberjaya.

Tapi bila ramai yg DM & tanya “bro komen la sikit pasal mall tu”. Saya just cakap, mall-angkat tu sebenarnya cukup sempurna dari segi infra, parking, design kedai, barang segar, ambience restoran, food court, event bulanan, dll.

Cuma ada beberapa perkara yg boleh kita cadangkan kepada pengendalinya (dibaca coach bola sepak).

PILIHAN PRODUK. Memang dari pengamatan ramai, variasi produk di mall-angkat ini agak terhad. Kalau ada variasi pun, ia dari jenama yg tdk cukup branding exposure. Kemudian kadang-kadang bila produk tu dah habis, ia lambat di re-stock. Maka ini akan menjadikan ramai customer yg frustrated k3rana perlu pergi ke tempat lain utk cari barang, akhirnya customer kena singgah ke beberapa kedai utk berbelanja.
HARGA. Yang ni kalau ikut sejarahnya “pengendali mall-angkat” tak nak charge racking fees pada vendor-vendor produk, sebab nak buat profit-sharing melalui markup harga dengan kadar beberapa percent sehingga produk para vendor melebihi harga pasaran. Ini menjadikan ramai yg merasa “barang di mall-angkat ini mahal sedikit”. Jualan tak laku, profit pun tak nampak.
JENAMA KEDAI. Boleh dikatakan 80% jenama kedai-kedai di dalam mall-angkat ni adalah jenama yg di “ilham” kan oleh pengendali mall-angkat ini sendiri. Aku dah tahu ap4 pengendali mall-angkat ini akan jawab “ehh kita dah ajak brand-brand luar masuk, tapi mereka yg tak nak!” Tapi satu je kau kena fikir “agak2 nya kenapa brand2 luar tu tak nak masuk mall-angkat ni?” Antara sebabnya adalah business model yg bersifat profit-sharing yg tdk praktikal. Maybe aku salah, tapi awalnya ini yg menjadikan diorang larikan diri.

Ketiga-tiga point di atas bagi aku biasa-biasa sahaja, tapi yg menjadikan mall-angkat ini kosong….mungkin adalah k3rana faktor-faktor di bawah 👇

HUTANG VENDOR. Sehingga hari ini aku terima beberapa keluhan dari bekas vendor/produk owner yg mereka letak barang secara consignment di mall-angkat ini….tapi bila barang mereka dah habis dijual, bayaran mereka menjadi tertunggak lebih dari setahun? Maaf aku terpaksa rahsiakan nama-nama vendor yg pernah bekerjasama dengan mall-angkat ini. Pernah aku tanya kepada mereka balik, kenapa tak kemukakan isu ni? Jawab mereka “ menjadi rumit & tak suka hubungan akan jadi keruh”. Dan vendor2 ini pasti dah berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka dizalimi. Tak ap4 guys, percayalah rezeki Allah itu luas.
ISU AGAMA. Aku tak berkenan kalau buat perniagaan menggunakan sentimen Melayu Islam. Buat pengetahuan tuan puan, penduduk di Cyberjaya kebanyakkanya adalah foreigner & ada berapa kerat je penduduk Muslim di sini. Ramai yg tak setuju apabila isu agama digunakan utk promosi mall-angkat ini. Kita KELUARGA MALAYSIA maaa
STAFF DIPERMAINKAN. Fuhh….letih jari aku weyh nak taip point kelima ni, tapi aku ringkaskan dengan point “sehingga hari ini hutang KWSP staf masih ada tunggakan”. (isu ini pernah viral suatu ketika dahulu). Itu belum lagi cerita tentang pengendali mall-angkat gemar mengarah staf utk melakukan kerja luar dari bidang, nak hadam satu department pun ambil masa… bayangkan pula kena sepak sana-sini dengan coach bola. Lama-lama boleh burn out weh.
WANG PELABUR KOPERASI. Untuk makluman, mall-angkat ini adalah antara salah satu dari projek koperasi (aku tak nak sebut koperasi mana, tapi korang confirm tahu), yg mana koperasi ini telah melaburkan wang pada mall-angkat dengan persetujuan “syok sendiri”. Dan sebenarnya kalau anda tahu struktur & hubungan antara mall-angkat & koperasi ini, mungkin anda akan nampak bias (berat-sebelah) dalam pelaburan pada mall-angkat ini. Pada awalnya memang menjadi percaturan besar pabila mall-angkat ini menggunakan wang koperasi utk dilaburkan & juga telah menyatakan pelaburan ini mungkin bakal memberi dividen secara tahunan pada kadar “antara 7%-12%”. Namun menurut owner mall-angkat ini “semua salah PKP & kerajaan Tamil Nadu” sehingga mall-angkat itu tdk dapat memaksimumkan jualan & keuntungannya. Lantas pelaburan oleh koperasi pada mall-angkat ini akhirnya umpama “tertumpang di biduk tiris”. Jadi bayangkan sekali lagi jika kesemua pelabur di koperasi ini berdoa agar mall-angkat ini dibalas setimpalnya seperti mana mereka digantung tanpa sebarang penerangan berkaitan ap4 yg telah berlaku pada wang mereka & bilakah wang mereka boleh dipulangkan….tak ke binasa mall-angkat ni?!

Eh sembang dekat social media, kenapa tak jumpa pihak sana sendiri tanya? Untuk makluman korang, aku dah pernah jumpa (hari aku resign) & buang masa aku saja.

Bukan nak jadi Hero, tapi aku nak menjawab persoalan dari mereka yg bertanya hingga hari ini. Ini pendirian aku, tak suka pun viral-viral ni. Ana ada banyak kerja demi menjayakan misi & kerjaya.

Sekian.

Taha Omar Coach Golf

*Penambahan: Aku adalah ex staff antara top management sana. Aku resign & bukan dipecat. Posting ini utk menjawab persoalan & kebenaran berdasarkan pengalaman saya disana.

Tidak sesekali utk menghasut atau mengaibkan, teruskan support bagi mereka yg suka dengan perjuangan mereka.

Bukan saya juga nak judge seseorang melalui ibadah & akhlak seseorang. Penjelasan ini lebih kepada sistem Mall-angkat & kebajikan ex-staff, vendor-vendor, & investor yg dianiayai.

Sumber: Facebook Taha Omar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.