Home / Semasa / Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Gagal Kawal Emosi Ketika Jawab Soalan, Sifu Bisnes ‘Disekolahkan’ Oleh Netizen | Article Update

Seorang sifu bisnes terkemuka yg bertaraf jutawan & mempunyai ribuan pengikut telah ditegur oleh seorang pengguna Facebook gara-gara gagal mengawal emosi ketika menjawab soalan.

Dalam satu siaran secara langsung di media sosialnya, dia telah ditanya dengan soalan — apakah bisnes yg telah terbukti berjaya dibuat olehnya selain dari mengadakan kursus mengajar bisnes utk orang lain.

Tidak semena-mena, soalan itu membuatkannya seolah-olah melenting & membalas kembali dengan persoalan yg membawa maksud seperti –‘kau bisnes ap4?’, ‘kau dah berjaya ke?’, ‘kau ada ajar usahawan?’ yg diaju kembali kepada si penyoal tersebut.

Sifu Bisnes

Melalui akaun Facebooknya, Fdaus Ahmad kemudiannya telah membuat satu hantaran yg menegur tindakan sifu bisnes ini yg disifatkannya sebagai ‘tdk cerdik’.

Menurut hantarannya tersebut, dia menjelaskan bahawa soalan tersebut adalah soalan yg baik & ia sepatutnya dijawab dengan tenang & rileks.

Ujarnya lagi, sifu bisnes tersebut sepatutnya tdk melenting & bersifat ‘kerek’ dengan menyindir & memberi respon seperti ‘soalan bodoh’ dalam siaran langsung yg ditonton oleh ribuan pengikutnya.

Seolah-olah ingin ‘menyekolahkan’ lagi sifu bisnes ini, dia turut memberikan 2 set jawapan yg boleh digunakan sekiranya dia berada di tempat yg sama:

Pertama:

“Alaaa saya tak ada buat ap4-ap4 bisnes pun awak…saya pandai guna air liur advise bisnes orang jeee. Tapi syukur laa ramai orang bisnes terima nasihat & guidance saya & mereka berjaya”

Kedua:

“Bagus soalan awak ni. Ok macam ni, saya memang tak ada real bisnes sendiri. Saya ni ibarat pensyarah di bidang kejuruteraan. Kerja saya siang malam hanyalah memberi syarahan kepada pelajar yg nak jadi jurutera. Saya bukan jurutera pun kan? Tapi ilmu yg saya bagi kepada student tu nanti akan menyediakan mereka menjadi jurutera yg hebat berbakti kepada masyarakat. Begitulah analoginya, get it?”

Menurutnya Fdaus Ahmad lagi, “Ni namanya art of diversion. Answering but not answering. Kemahiran berkomunikasi 101. Menjawab dengan amarah, panas hati, triggered menunjukkan emotional kita tak strong & kita mudah masuk perangkap. Mungkin si penyoal memang nak uji sama ada kau triggered atau kau act cool bila dapat soalan soalan mencabar.”

Sifu bisnes tersebut turut digalakkan utk mengikuti kelas “Bagaimana Ingin Menjadi Pengurus Emosi Yang Berjaya?” demi menjaga air muka & reputasinya ketika berhadapan pressure audience di masa akan datang.

Mengakhiri hantarannya tersebut, Fdaus Ahmad berseloroh dengan menulis:

“Ok kelas Pengurusan Emosi ni rasanya aku boleh buat.

3 sesi RM999

early bird registration dapat 50% off, RM499 saja.

Jap nak setting onpay.”

Sumber: Facebook Fdaus Ahmad, TikTok @farqhan.com

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.