Home / Semasa / Mengapa Haman, Sekutu Firaun Yang Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran? | Article Update

Mengapa Haman, Sekutu Firaun Yang Namanya Tercatat Di Dalam Al-Quran? | Article Update

Haman, satu watak penting yg selalu dikaitkan dengan Firaun. Dikatakan juga, Haman berkemungkinan menjawat jawatan yg penting ketika zaman kerajaan Firaun.

Apakah perkara yg kita boleh belajar daripada kisah Haman ini? Jom kita ikuti perkongsian lanjut daripada Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Haman dalam Al-Quran.

Saya tertarik dengan nama ‘Haman’ yg muncul enam kali dalam Al-Quran iaitu di ayat 28:6, 28:8, 28:38, 29:39, 40:24 & 40:36.

Apa spesialnya seorang yg bernama Haman ini walhal Allah tdk sebut pun nama Firaun zaman nabi Musa AS dalam Al-Quran?

Tentunya Allah meletak nama Haman dalam Al-Quran dengan sebab tertentu.

Begitu juga dengan nama Qarun & Samiri.

Hanya setelah membuat penyelidikan & bacaan berbagai sumber sejarah, baru saya tahu siapa Firaun di zaman Nabi Musa AS, boleh baca di sini.

haman

Haman adalah pembesar atau orang kanan Firaun & hidup sezaman dengan Nabi Musa AS & dia mati tenggelam bersama Firaun.

Haman bertugas membantu Firaun dalam melaksanakan segala perintahnya seperti membuat bangunan & monumen yg gah.

Zaman sekarang dinamakan sebagai Menteri Kerja Raya.

Pihak orientalis berkata Nabi Muhammad SAW telah menciduk nama Haman dari Bible & melakukan kesilapan meletak namanya pada satu zaman dengan Nabi Musa AS.

Nama Haman tercatit dalam Book of Esther iaitu buku dalam Jewish Tanakh (Hebrew Bible) & kemudiannya menjadi Old Testament kaum Kristian.

Book of Esther yg berumur 1,000 tahun selepas zaman Firaun mengatakan bahawa Haman seorang Babylonian yg hidup di zaman Raja Ahasuerus (Xerxes) ketika empayar Achaemenid. Xerxes adalah anak kepada Darius The Great.

Pihak orientalis menuduh Nabi Muhammad SAW telah mencampur-adukkan cerita Israiliyat mengenai Tower of Babel semasa zaman Xerxes ke dalam Al-Quran.

Baik.

Apabila Rosetta Stone ditemui pada tahun 1799 barulah Egyptologist dapat decode (terjemah) tulisan Egypt kuno (Hieroglyphs) zaman Firaun utk difahami.

Tulisan Hieroglyphs telah lenyap selama 1,500 tahun semasa zaman Rom memerintah Egypt.

Mereka dapat ‘decode’ k3rana Hieroglyphs dicatit bersama tulisan greek di Rosetta Stone. Ramai boleh memahami bahasa Greek ketika itu.

Tiada siapa dapat membaca ap4 kandungannya sebelum itu sehingga tulisan hieroglyphics (tulisan kuno mesir) telah ‘di-decoded’ pada abad ke-19 itu.

Egyptologist & sejarawan tergamam k3rana nama Haman dicatit di satu monumen Egypt kuno di Hof Museum Vienna walhal Al-Quran telah menceritakan perihal Haman & Firaun 1,500 tahun dahulu.

Haman dicatit sebagai “The Chief of the workers in the stone quarries’ dalam tulisan Hieroglyphics (dalam gambar).

Dalam Al-Quran:

“Dan Firaun pula berkata: “Wahai orang-orangku, aku tdk mengetahui ada bagi kamu sebarang tuhan yg lain daripadaku; oleh itu, wahai HAMAN, bakarkanlah untukku batu-bata, serta binalah untukku bangunan yg tinggi, supaya aku naik melihat Tuhan Musa (yg dikatakannya itu); & sesungguhnya aku percaya adalah Musa dari orang-orang yg berdusta”.- Al Quran 28:38.

haman

Kitab Torah Yahudi & Bible langsung tdk menyebut nama Haman pada zaman Firaun.

Hanya nama Haman berlainan di Babylon sahaja disebut di Old Testament & bukan Haman Firaun.

Bagaimana Nabi Muhammad SAW yg hidup 1,400 tahun dahulu boleh tahu berkenaan Haman-Firaun di mana tulisan Egypt kuno Hieroglyphics telah pupus di zaman baginda?

Ini satu bukti kemukjizatan Al-Quran yg mencatatkan informasi sejarah yg tepat & author Al-Quran sahaja yg mengetahuinya.

Wallahua’llam.

BACA: ‘Hafal Al-Quran Belum Tentu Sempurna Dan Faham Islam’ – Ridhuan Tee

Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.