Home / Semasa / Trend Menakutkan Anak Mendapat Teguran Pendidik Keibubapaan | Article Update

Trend Menakutkan Anak Mendapat Teguran Pendidik Keibubapaan | Article Update

Tular baru-baru ini sebuah video di mana terdapat golongan dewasa yg memasang audio serta lari keluar daripada bilik meninggalkan anak kecil yg ketakutan mendengar bunyi mengilai pontianak.

Trend ini mendapat kecaman ramai pihak sehingga seorang pendidik keibubapaan memberi respon dalam hantarannya di seperti di bawah.

Dalam banyak-banyak komen & pendapat yg memberi reaksi pada hantaran saya sebelum ini tentang ‘trend’ meninggalkan anak, menakutkan anak & merakam aksi anak, saya terpanggil utk memberi respon kepada komen ini.

Tidak.

Ayah & Mak saya TIDAK PERNAH menakutkan kami adik-beradik dengan hantu walaupun kami tinggal di rumah bersebelahan dengan kubur. Buka tingkap nampak hamparan kubur.

Malah ketika gelap gelap Subuh, Mak akan meminta salah seorang daripada kami yg sudah siap utk ke sekolah utk beli roti dari Mamak roti.

Rasa takut itu ada sebab faktor kawan-kawan & orang lain yg sering menakut-nakutkan. Tetapi disebabkan Ayah & Mak tdk pernah menakutkan, saya gagahi menjadi berani.

Pada masa itu saya percaya, sekiranya kubur itu ada hantu yg memudaratkan, tentu Mak tdk meminta kami yg masih bersekolah rendah ini meredah gelap membeli roti.

Saya percaya sepenuhnya kepada Ayah & Mak saya.

Bayangkan tidur malam dalam rumah di sebelah hamparan kubur. Adakah saya takut?

Tidak.

Ayah sentiasa ada. Mak juga sentiasa ada.

Kehadiran mereka membuatkan saya rasa selamat & tenang & mudah tertidur.

Mereka tdk perlu menakutkan saya dengan hantu utk saya tidur. Lagipun sebelum tidur baca buku. Menjadi lumrah, asal buka buku mesti mengantuk. 😊

Anak-anak saya sendiri tdk pernah saya takut-takutkan dengan hantu.

Tidak perlu pun.

Ia hanya membantutkan proses eksplorasi yg perlu utk anak berkembang sihat.

Tetapi kami terapkan kepercayaan kepada Malaikat, Jin & Syaitan k3rana ia memang wujud.

Di London kami tinggal di rumah berusia 200 tahun. Tetapi anak yg masih kecil ketika itu langsung tdk merasa takut tidur di bilik ‘attic’ k3rana mereka tdk pernah di takut-takutkan dengan hantu sejak bayi.

298770226_437670905067170_3604591536729645752_n

Kenapa semua benda hendak dikaji?

Dalam Al-Quran perkataan ‘Ulul Albab’ disebut sebanyak 16 kali.

Banyak.

Apa maksud Ulul Albab?

Secara ringkasnya ‘Orang Yang Berfikir’, ‘Orang yg menggunakan akal’.

Kalau hendak menjadi Ulul Albab kenalah mengkaji & berfikir.

Malah lihat langit pun kita dituntut utk berfikir.

Apatah lagi fikir tentang kesan baik & buruk sesuatu perbuatan agar tdk memudaratkan anak kita.

Semoga saya telah menjawab semua soalan & kemusykilan Puan yg bertanya.

BACA: Budaya ‘Prank’ Suami-Isteri Makin Menjadi, Benarkah Ia Bercanggah Dengan Syarak?

Salam perkenalan.

Noor Afidah Abu BakarParent Connect Consultancy

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.