Home / Terkini / Dulu pekerj4, kini jadi t4uke

Dulu pekerj4, kini jadi t4uke

Kuala Langat: Meskipun melalui episod .duka dibuang. kerja oleh kilang perabot, tempat beliau mencari rezeki dan menimba ilmu dalam bidang pertukangan selama kira-kira lima tahun, MD Erwan Tini, 40, tidak patah semangat.

Berniaga di pasar malam dan membuat katering untuk kenduri kahwin adalah antara .usaha yang dilakukannya untuk kelangsungan hidup sehinggalah beliau berjaya .membuka bengkel perabot pada 2016.

Bengkel Anai-anai Craft, usaha sama dengan dua orang rakannya, Azhari Basiran dan Saufi Azhar Maiswan mendapat permintaan tinggi dan semakin dikenali penduduk setempat di sekitar Kuala Langat dan tempat lain di Selangor.

“Kami mementingkan faktor kualiti untuk perabot yang dihasilkan selain berupaya .tahan lama dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

“Buat sementara, perusahaan perabot kami di buat di bengkel terletak di bawah rumah. warisan keluarga saya di Lot 1625 Jalan Manggis, Batu 9, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang,” katanya yang bertanggungjawab menjaga kawalan kualiti sewaktu bekerja di kilang perabot, kepada Bernama baru-baru ini.

“Di bengkel kami, kami tidak guna sebarangan kayu kerana amat mementingka.n keutuhan dan ketahanan perabot yang dihasilkan. Untuk itu, kami memilih untuk menggunakan kayu palet jenis Pine. yang diimport dari benua beriklim sejuk seperti Amerika Selatan dan Eropah. Kayu ini memang agak mahal harganya .namun kualitinya bertaraf dunia.

“Selain kayu Pine, kami juga menggunakan kayu getah tempatan berkualiti. tinggi dan disalut dengan lapisan plastik Formica yang juga diimport dari negara luar, ” katanya.

Antara produk yang dihasilkan di bengkel Anai-anai Craft dan menerima. tempahan berulang ialah kabinet fail serta pemasangan set perabot lengkap di kedai gunting rambut yang merangkumi. kabinet perkakas, meja dan kaunter pembayaran.

 

ANTARA hasil kerja yang menggunakan kayu jenis Pine.
ANTARA hasil kerja yang menggunakan kayu jenis Pine.

 

Perabot lain yang turut mendapat tempahan ialah meja kopi, kabinet dapur,. rak serta set meja dan kerusi ruang tamu.

Mengimbau cabaran yang terpaksa dihadapi ketika pandemik Covid-19 serta .Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), beliau berkata, banyak tempahan perabot tidak dapat disiapkan kerana kayu yang .ditempah dari luar tidak dapat dibawa masuk.

Terdapat juga kes beberapa orang pelanggan .membatalkan tempahan kerana. tidak mahu mengambil risiko perabot tidak sempat disiapkan mengikut masa ditetapkan.

“Ketika pandemik melanda, tempahan perabot terjejas teruk. Ada perabot. yang tidak dapat disiapkan kerana kayu palet sedia ada tidak mencukupi manakala kayu tambahan tidak dapat dihantar oleh syarikat penghantaran sehingga memaksa kami memulangkan kembali duit deposit beberapa orang pelanggan.

“Perniagaan memang merudum ketika itu… kami hanya mampu. menyiapkan mana-mana perabot yang sempat dan menjualnya pada harga mampu milik kepada penduduk sekitar,” katanya.

Bengkel Anai-anai Craft adalah antara perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang .dipilih untuk mendapat bantuan perniagaan menerusi program Zakat Wakalah yang digerakkan syarikat penyedia .telekomunikasi edotco Malaysia Sdn Bhd bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Zakat Wakalah merujuk kepada program dasar pengembalian wang zakat kepada asnaf yan.g layak bertujuan untuk membantu asnaf dalam bidang perniagaan dengan cara membelikan barang keperluan perniagaan mereka.

Menurut MD Erwan, pihaknya menerima sumbangan pada April 2022 terdiri .daripada beberapa buah mesin seperti penggerudian bangku, pemampat udara dan penggilap pelbagai guna dengan keseluruhan kos RM2,410 pada tahun pertama program itu dilaksanakan (2021).

“Sebelum adanya mesin tersebut, bengkel saya hanya menggunakan mesin lama sedia ada, dengan. proses menyiapkan sesebuah perabot biasanya memakan masa hampir dua minggu. Kini kami mampu menyiapkannya dalam tempoh tiga ke empat hari sahaja.

“Pendapatan bulanan bengkel juga menunjukkan perkembangan positif kerana. lebih banyak perabot dapat dihasilkan dalam tempoh yang singkat, di samping banyak .tempahan yang diterima. Kini bengke.l kami boleh mencapai hasil pendapatan sekitar RM10,000 sebulan,” katanya menzahirkan rasa syukur.

 

SAIDI membuka gerai kecil di hadapan rumahnya.
SAIDI membuka gerai kecil di hadapan rumahnya.

 

Seorang lagi penerima Zakat Wakalah ialah Saidi Omar yang memberitahu .Bernama, beliau berniaga menjual ikan secara kecil-kecilan untuk menyara kehidupan keluarganya.

Namun, perniagaan ikan yang diusahakannya kini mula. menunjukkan peningkatan hasil jualan. selepas menerima bantuan menerusi program berkenaan sekitar April 2022.

“Jika sebelum ini, pendapatan bulanan berniaga ikan sekitar RM500, itu belum dikira banyak kerugian kerana ada ikan yang membusuk dan tidak dapat dijual. Namun melalui bantuan zakat ini iaitu sebuah peti sejuk, saya .memanfaatkannya sebagai ruang tambahan untuk menyimpan ikan dan sayur-sayuran. Kini pendapatan saya. boleh mencecah RM900 hasil bantuan zakat ini.

“Saya rasa amat bersyukur kerana kini kehidupan saya semakin baik. Sebelum ini. saya bekerja sebagai .pemandu lori namun terpaksa berhenti akibat penyakit saraf tunjang,” katanya menambah beliau turut dibantu anaknya, Syaiful Nazmi, 17, yang masih bersekolah.

Memandangkan pergerakannya terbatas akibat sakit saraf tunjang, beliau membuka. gerai kecil di hadapan rumahnya yang terletak di Jalan Pisang, Kampung Sijangkang dan antara ikan yang dijual seperti ika.n tenggiri, parang, pari, kerisik, pelaling dan cencaru.

Beliau juga menerima pesanan menerusi. Whatsapp dan membuat penghantaran dan bayaran tunai dibuat semasa penghantaran.

About admin2

Check Also

Suami Maut Dilangg4r SUV, Balu ‘Rider’ Grab Tak Sangk4 Terima Bantuan Setiap Bulan

Balu Allahyarham Muhaimin Mohad Sain @ Mohd Said, 34, telah menerima beberapa bentuk bantuan daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.