Home / Semasa / Lagu ‘Ya Budu P’yan’ – Ramai Tak Sedar Maksud Liriknya Yang Agak ‘Tidak Elok’ Dinyanyikan | Article Update

Lagu ‘Ya Budu P’yan’ – Ramai Tak Sedar Maksud Liriknya Yang Agak ‘Tidak Elok’ Dinyanyikan | Article Update

Lagu berbahasa Rusia, Eta Lyubov nyanyian Amirchik semakin popular sejak kebelakangan ini apabila sering dijadikan muzik latar video-video pendek di media sosial.

Salah satu sebabnya ialah ungkapan lirik dalam korusnya “Ya Budu P’yan” yg sering diparodikan oleh rakyat Malaysia menjadi “Ya Bodoh Piang”.

Tidak ramai yg tahu maksud sebenar di sebalik ungkapan tersebut yg sering disebut-sebut & dinyanyikan orang ramai termasuklah golongan kanak-kanak.

Atas rasa tanggung jawab sosial, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya bagi menyedarkan kita semua tentang maksud sebenar liriknya yg agak tdk manis mengikut nilai murni & adat-adat ketimuran rakyat Malaysia.

Ya Budu P’yan Ya Bodoh Piang Amirchik

Kebelakangan ni, saya selalu dengar lagu “Bodoh Piang” dimainkan di sosial media sebagai lagu latar. Lagu bahasa Rusia tu jadi sangat popular di Malaysia, sebab ia catchy & sebutannya dianggap kelakar.

Mungkin ada yg tahu, & ada yg tdk: lirik korus lagu itu, ada mengandungi sedikit perkara yg tak elok utk kita nyanyikan. Kalau boleh, elakkan nyanyi korus lagu itu.

Mana saya tahu maksud liriknya tak berapa elok? Sebab saya pernah menetap di Krimea (dulu jajahan Ukraine, kini jajahan Rusia) selama 7 tahun. Jadi saya boleh fahamlah sikit bahasa Rusia.

Lagu ni berjudul “Eta Lyubov’ (Ini Cinta/Cinta Ini) nyanyian Amirchik.

■Korusnya berbunyi:

Eta lyubov’ samaabman

I da utra ya budu pʹyan

Viski – narkoz i v ablaka

Ty ne maeya, ty ne maeya

Makna:

Cinta ini, adalah tipu daya (diriku) sendiri

Dan sehingga pagi ku kan (akan) mabuk

Wiski – narkos, & ke awan

Kau bukan milikku, kau bukan milikku

Nampak tak kenapa saya kata tak elok?

“Ya budu p’yan” yg selalu diparodikan oleh orang kita sebagai “Ya bodoh piang” tu membawa maksudnya “Aku akan mabuk”.

Ini bukan melawak. Ini betul-betul.

Ada juga disebut dalam korus itu tentang minuman keras (wiski/whiskey), tak sedarkan diri (narkos/narkosis) & berkhayal/high (ke awan).

Tak berapa sesuai dinyanyikan berulang-ulang, kan?

Dalam rangkap lain, tiada masalah sangat. Sekadar bercerita tentang kesedihan penyanyi yg tak berjaya memiliki insan yg dia kasihi.

Saya beri maksud rangkap-rangkap lain:

■Ty ne maeya, a ya ne tvoy

Nash razgavor – pʹyanaya bolʹ

Vremya prashlo, ty khaladna

Teperʹ ya s drugoy, i ty zanyata

Makna:

Dan aku bukan milikmu

Perbualan kita– sakit yg memabukkan

Masa pun berlalu, kau (menjadi) dingin

Sekarang ku bersama (insan) lain, & kamu sibuk(dengan perkara lain).

■A mozet lucshe budet vovse teperʹ

Ya podobral kluchi, no ne otkril dverʹ

I mne tak zalʹ, to ty siyayeshʹ ne dla menya

Smiryusʹ, to ty ne moya

Makna:

Atau mungkin sekarang semuanya lebih baik

Ku ambil kunci, tapi tak ku buka pintu

Dan ku amat sesal, k3rana kau tak bersinar untukku

Ku pasrah (terima), kau bukan milikku

■Vop-vop, ty tak krasiva

Klop-klop, udalyays arkhiva

Ya lubuysʹ toboy, ty ze diva

Iz kakovo-to filʹma

Maknanya:

Wah-wah, kau sangat cantik

Klap-klap(bertepuk), ku padam dari arkib

Ku mengagumimu, kau (seperti) diva

Dari sesebuah filem

■Ya stoboy, tak khochu sot katʹsa

I nadeysʹ, u menya poluchit sa

No ty ne maeya i ya muchiyusʹ

Makna:

Ku ingin bergambar dengamu

Dan ku harap bisa mendapatkannya

Tetapi kau bukan milikku, & ku merana

***

Saya sekadar memberitahu & berpesan sahaja. Saya rasa terpanggil utk memaklumkan perkara ini, k3rana saya faham makna lirik tersebut. Lepas kalian dah tahu, terpulanglah pada kalian.

Semoga bermanfaat!

Kamarul Ariffin Nor SadanDoktor Bedah Lirik

BACA: Bikin Panas! Lagu Upin & Ipin Dengan Lirik Yang ‘Merosakkan’ Anak Muda Kini Tular Di TikTok

Sumber: Facebook Kamarul Ariffin Nor Sadan

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Sangat Wajar Dicontohi, Ini Cara Kerajaan Türkiye Bantu Meringankan Beban Rakyatnya | Article Update

Seluruh dunia kini dilihat sudah mula terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi yg mempengaruhi nilai mata wang, …

Leave a Reply

Your email address will not be published.