Home / Terkini / “Actually Kita Pern4h….”, Viral Dakwaan Sambal Nyet Tumpah, Khairul Aming Jawab Kenapa Tak Guna Kot4k

“Actually Kita Pern4h….”, Viral Dakwaan Sambal Nyet Tumpah, Khairul Aming Jawab Kenapa Tak Guna Kot4k

Terkenal dengan trademark ‘Hi guys‘ di setiap video, populariti chef selebriti. Khairul Aming pernah mencanak naik apabila beliau membuat ’30 hari 30 resipi masakan’ pada setiap kali Ramadan menjelma saban tahun.

Seperti yang diketahui, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin. Kamarulzaman sentiasa mengambil serius mengenai permasalahan yang dihadapi pelanggan apabila membeli produk ‘air tangannya’, iaitu Sambal Nyet.

Baru-baru ini video seorang guru memberi maklum balas mengenai cara .pembungkusan Sambal Nyet mendapat perhatian orang ramai kerana sambalnya didakwa tumpah walaupun telah dibungkus. menggunakan bungkus gelembung.

Menyedari kejadian itu, Khairul Aming mengambil peluang meminta maaf. serta menerangkan mengapa pihaknya tidak menggunakan kotak untuk mengirim Sambal Nyet dalam video berdurasi. tiga minit.

Empat faktor tidak menggunakan kotak

Jelasnya, terdapat empat faktor kenapa beliau tidak menggunakan. kotak sebagai pembungkusan utama untuk produk sambal tersebut.

 

“Faktor yang pertama adalah disebabkan oleh failure rate yang. rendah.

“So setiap minggu sangat jarang ada isu-isu leaking macam ni, kalau terjadi pun ada lebih kurang dua hingga tiga botol seminggu daripada 25,000 botol terjual,” ujarnya semasa menerangkan mengenai pembungkusan Sambal Nyet.

Kata beliau, pada kadar peratusan sebanyak 0.12 peratus berlaku dan boleh. dikatakan sangat rendah untuk pihaknya tambahkan kotak tambahan pada sambal.

 

“Faktor yang kedua adalah disebabkan time efficiency, buat masa sekarang. pihak kami mengambil masa sebanyak satu minit lima saat untuk membalut dua sambal dalam satu bungkusan,” katanya lagi.

Ujarnya, sekiranya kotak tambahan ditambah maka banyak masa akan digunakan serta akan mengalami kelewatan dalam membungkus sambal susulan kesan domino itu berterusan.

Dalam pada itu, Khairul Aming berkata dengan penambahan kotak pihaknya akan mengalami kekangan kos dan pembaziran yang tidak sepatutnya berlaku.

“Faktor yang ketiga adalah disebabkan cost efficiency, disebabkan satu. kotak berharga 0.30 sen atau 0.50 sen atau RM1 bergantung kepada saiz,” jelasnya dalam video itu.

Tambahnya lagi, beliau juga ingin memudahkan urusan penghantar .bungkusan dalam mengimbas kod ketika memasukkan bungkusan ke dalam lori.

“Faktor yang keempat adalah kita nak mudahkan urusan abang-abang kurie.r yang scan parcel .kita sebab sehari kita dapat lebih kurang dalam 2,000 parcel untuk dibawa keluar.

“Kalau kita guna kotak, kotak ni susah sikit kita nak stack dalam guni. jadi nanti dia. akan tinggi ke .atas dan susah nak manage,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming berkata pihaknya juga masih lagi mempunyai. kelemahan disebabkan pihak pengeluarannya tidak sepenuhnya menggunakan mesin.

Sekiranya pembeli mempunyai masalah dengan sambal pecah, bocor .dan sebagainya, mereka boleh menghubungi nombor yang tertera di kad dan pihaknya akan menggantikannya dengan sambal yang baru.

 

Sumber: Tiktok / Khairul Aming

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.