Home / Terkini / Hentikan Kempen Neg4tif Berkaitan Pulau Langk4wi – MB Kedah

Hentikan Kempen Neg4tif Berkaitan Pulau Langk4wi – MB Kedah

Hentikan kempen negatif berkaitan Pulau Langkawi – MB Kedah

ALOR SETAR, 20 Sept (Bernama) — Sebarang kempen negatif berkaitan pelancongan di Pulau Langkawi perlu dihentikan segera kerana bimbang akan memberi kesan terhadap industri pelancongan di pulau legenda itu.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri tidak boleh memaksa pelancong untuk memilih Langkawi sebagai destinasi pelancongan ataupun menghalang mereka melancong ke negara jiran, Thailand.

“Kalau mereka pergi sana, kita tidak boleh halang kerana bagi saya itu normal dalam industri pelancongan. Kalau mereka pernah datang melancong ke Langkawi, mesti mereka mahu pergi melancong ke tempat-tempat atau negara lain pula.

“Cuma hentikan sebarang kempen yang memburukkan Langkawi. Kerajaan negeri kini dalam usaha untuk meningkatkan daya tarikan di Langkawi dan Tanah Besar bagi menarik lebih ramai pelancong luar untuk datang ke Kedah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Beliau berkata demikian bagi mengulas beberapa hantaran di media sosial yang menggalakkan orang ramai melancong ke Thailand berbanding Langkawi kerana harga hotel dan makanan di pulau itu didakwa jauh lebih mahal berbanding negara jiran tersebut.

Muhammad Sanusi berkata sehingga kini, Langkawi mencatatkan kemasukan pelancong yang menggalakkan berdasarkan data Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

“Kalau ramai yang pergi Thailand, tidak bermakna kita akan terjejas teruk… keadaan ini hanya sementara,” katanya.

 

Terdahulu, beliau menghadiri Dialog Bajet 2023 Kerajaan Negeri Kedah yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Norizan Khazali dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Isahak Murat, yang bertindak sebagai moderator.

“Sesi dialog ini adalah bagi mendapatkan input daripada pihak lain kerana mereka boleh memberi pandangan yang boleh digunakan dalam penyediaan bajet tahun hadapan.

“Semua pandangan akan diambil kira berdasarkan keupayaan negeri untuk menyediakan peruntukan bagi semua cadangan yang disuarakan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.