Home / Semasa / Lelaki maut motosikal bertembung trak pikap | Article Update

Lelaki maut motosikal bertembung trak pikap | Article Update

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yg ditunggangnya hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah trak pikap di laluan bertentangan di Kilometer 70, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Mohammad Rizuan Hassan, 24, dari Kampung Setek, Kok Lanas dekat Ketereh terseret di atas jalan raya & meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 sedang dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Kuala Krai.

Menurutnya, semasa melalui jalan berbukit, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan & memasuki laluan bertentangan.

“Insiden itu menyebabkan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yg dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun tdk sempat mengelak sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa terseret di atas jalan raya sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo berkata, pemandu Toyota Hilux itu bagaimanapun tdk mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang di sini utk dibedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Semoga Bermanfaat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima kasih Dan Jangan Lupa Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yg diberikan oleh pembaca kami.

Pihak kami juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak &  tanggungjawab anda.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

About admin

Check Also

Kisah Tragedi Gua Tham Luang Bikin Ramai Kaum Lelaki Nangis | Article Update

Kisah operasi menyelamat di Gua Tham Luang, Thailand pada tahun 2018 yg menggemparkan dunia sebelum …

Leave a Reply

Your email address will not be published.