Home / Semasa / Sebuah Perkongsian ‘Menakutkan’ Untuk Beri Kesedaran Pada Orang Ramai | Article Update

Sebuah Perkongsian ‘Menakutkan’ Untuk Beri Kesedaran Pada Orang Ramai | Article Update

Masyarakat di Malaysia pada hari ini masih lagi kurang mendapat pendedahan yg sewajarnya mengenai penyakit mental.

Masih ramai yg menganggap golongan pesakit mental sekadar ‘buat-buat’, dirasuk & sebagainya tanpa mengetahui bahawa bantuan serta rawatan segera amatlah diperlukan oleh mereka.

Menyedari hakikat ini, seorang bekas pesakit Bipolar Disorder, Arieffahmi Abd Razak telah membuat perkongsian berikut di Facebooknya mengenai fasa Manic yg dilaluinya satu ketika dahulu utk memberi kesedaran kepada orang ramai betapa merbahaya & seriusnya gejala yg dilalui oleh seorang pesakit mental.

Manic Bipolar Disorder

Manic dalam Bipolar Disorder tu macam mana? Saya asyik cerita pengalaman depressive phase sahaja selama ini. Mari saya kongsikan pengalaman peribadi saya lalui fasa manic pula.

Apa yg saya telah lakukan ketika saya dalam fasa manic 4 tahun lepas. Satu pengalaman luar biasa yg saya doakan anda tdk akan lalui & saya tdk lalui lagi.

Ya saya ingat. Sebahagian besar. Mungkin banyak lagi yg berlaku tapi saya tak ingat atau saya tak ceritakan.

Lepas baca mesti anda tertanya ap4 yg saya fikirkan masa itu. Saya tak ada insight waktu itu. Saya delusional. Saya merasakan semua itu normal & betul. Just another day of life. The usual one. Padahal…..

– Buat statement panas di Facebook sehingga viral satu Malaysia

– Siang malam selama beberapa hari berdebat dengan netizen

– Rancang nak tubuh gerakan rahsia mengubah dunia

– Nasihatkan orang utk tangguh kahwin & suruh pergi mengembara di Indonesia

– Bercakap non stop 3-4 jam

– Tidak tidur 3 hari

– Jawab paper exam 3 jam dalam masa sejam. Paper tu lulus

– Balik Malaysia 4 hari

– Back to back meeting sampai lewat malam

– Tibai Penasihat Syariah bank tentang Islamic Banking

– Membuat baiah dengan sahabat-sahabat

– Cubaan terjun dari Uber

– Tarik rambut kawan dari belakang ketika naik motor

– Ketuk pintu rumah orang 3 pagi kata dajjal dah turun

– Terjun dari tingkat 2

– Berjalan kaki 1km tak pakai selipar

– Buang sweater tepi jalan utk elak di trace oleh satelit CIA

– Ketuk pintu rumah orang tanya ada family tak kat situ

– Bagi burung makan makanan kucing

– Ruqyah pokok 30 minit pada pukul 3 pagi

– Minta pengutip sampah pindahkan Malaysia ke sebelah Egypt

– Lepak dengan sekumpulan pegawai polis Egypt

– Anggap pegawai polis ialah hawariyyun

– Bakar duit kertas depan polis

– Bertapa luar rumah tengah-tengah pagi

– Berjumpa dengan Nabi Khidir

– Larikan diri dari kedai makan sebab rasa ada orang nak racun makanan

– Bergomol dengan kawan-kawan sebab nak larikan diri

– Tahan public transport & mencerit “ pencuri, pencuri!” refer kepada kawan-kawan yg tengah tarik diri dari naik public transport

– Tengok Mowgli & relate kepada kisah hidup sendiri

– Mengatakan Tun M ialah mentor ayah saya

– Mufaraqah dari jemaah

– Rasa diri Imam Mahdi sebab nama Muhammad Bin Abdul Razak (Abdullah)

– Tunggu family datang dari Malaysia & bawa family naik kereta api bawah laut ke Mekah utk baiah di sana

– Join program ahli kumpulan dakwah X sebab tunggu ketua depa baiah

– Rasa diselamatkan oleh Presiden As Sisi utk berlindung di satu bangunan rahsia

– Hisap rokok Cleopatra sehari sekotak ketika dalam bangunan rahsia

– Rasa jumpa dengan Nabi Yusuf ketika uzlah

– Merasakan setiap ayat Quran yg dibaca di TV sedang berbicara dengan diri & bagi next clue

– Menganggap penjaga di bangunan rahsia tersebut sebagai malaikat yg dihantar utk mendampingi

– Tak nak potong rambut & shave sebab rasa ada konspirasi utk bunuh

– Bila ayah suruh potong rambut, dengan rela potong rambut. Mengambil inspirasi dari kisah Ibrahim & Ismail

– Berkenalan dengan orang kaya bilik sebelah. Jutawan Saudi

– Naik kapal terbang sambil rasa diescort oleh Secret Agent Egypt

– Buat story & post sosial media yg merapu

– Ambil gambar dengan spender

– Ambil gambar dengan patung bertasbih

– Berzikir beribu kali sehari

– Tak bagi isteri kerja

– Nak bakar hospital

– Ayah baru sampai dari Kedah tapi tak salam terus keluar rumah

– Naik motor tak pakai helmet dari Bangi ke Kajang

– Naik motor pakai seluar pendek sambil dengar earphone dalam hujan lebat

– Berhenti bawah jejantas buka baju buka seluar utk perah

– Sambung naik motor pakai boxer

– Pergi ziarah nenek moyang Tok Wali di perkuburan

– Turun di Ipoh dari kereta api Perlis – Kajang

– Pergi pusat urut 3 kali sehari

– Bacakan al-Fatihah kepada tukang urut

– Ajak tukang urut masuk Islam

– Pergi kelab malam pakai selipar

– Duduk bersila tengah kelab malam menikmati sambutan manusia ke atas kehadiran Imam Mahdi

– Balik hotel naik kereta strangers

– Bagi sedekah RM50 kepada orang padahal duit ada RM70 je

– Pagi sampai Bangi, tengahari pergi Ipoh balik

– Naik teksi dari KL Sentral ke Ipoh

– Hutang dengan pakcik teksi

– Bayar pakcik teksi dengan duit Egypt

– Isap rokok setiap waktu maghrib tepi pokok pisang

– Bagi jin makan asap

– Jumpa dengan Sultan Melaka dalam wad

– Islamkan seorang Chinese yg mengkaji pelbagai agama

– Imamkan solat muallaf tu

– Baca terjemahan Quran kepada Chinese tersebut

– Menyusun objek utk berinterasi dengan jin

– Membaca pergerakan objek & kaitkan dengan maksud di sebalik peredaran

– Bercakap dengan burung

– Buat Live kat Instagram level-level Iqram Dinzly

– Membaca makna di sebalik nombor & warna

– Memandu dengan menjadikan nombor sebagai panduan

– Percaya Sultan Melaka nak belanja rumah sebijik kat Ipoh

– Percaya Sultan Melaka nak bawa pergi umrah naik private jet

– Sarapan di mamak tanpa duit & mamak bagi hutang

– Mintak rokok kat abang polis yg sama dua kali

Dan macam-macam lagi yg berlaku.

Begitulah manic episode saya. Saya mengambil masa 3-4 bulan utk keluar dari fasa itu.

Mental illness is real, guys. Saya berkongsi dengan sedar akan kesannya. Perkongsian ini utk beri insight & awareness kepada pembaca agar pesakit di luar sana dapat disantuni dengan pantas.

Siapa yg ada keluarga atau kenalan yg berfikir & bertindak luar dari kebiasaan, sila bawa mereka mendapatkan bantuan & rawatan.

Ada yg kata saya kena rasuk waktu tu. Ada yg kata saya gila isim. Ada yg kata saya buat-buat.

Dapatkan rawatan dari doktor pakar yg bertauliah. Jika nak cuba rawatan alternatif pun jangan tinggal rawatan pertama ini.

Jika keluarga & sahabat-sahabat saya dalam denial state yg lama mungkin saya dah tdk dapat diselamatkan. Berjalan kaki dari Gua Tempurung ke Sungai Golok berkaki ayam sambil ditemani teh o ais ikat tepi free.

Jika keluarga saya hanya bawa saya berjumpa bomoh sahaja mungkin saya tdk lagi mampu menulis & hidup seperti hari ini.

Dengan sokongan yg kuat dari keluarga & sahabat-sahabat, mendapatkan rawatan segera, komited dengan ubat-ubatan, terapi yg berkesan & inisiatif & motivasi diri, saya kembali stable pada hari ini.

Semoga kita semua diberi kesihatan yg sejahtera luar & dalam. Jika diuji dengan kesakitan, diberi kekuatan & kelapangan jiwa.

Ameenn..

Arieffahmi Abd RazakBipolar 1 Disorder SurvivorsSince 2018

Gambar: Fizikal nampak normal tapi akal & fikiran sudah tdk. Bakar sampah utk buat kenduri utk Jin. Asap rokok utk seorang dua. Asap ni cukup utk sekampung 🤣

BACA: Skizofrenia, Penyakit Mental Yang Membuat Seseorang Berhalusinasi

Sumber: Arieffahmi Abd Razak

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

Article Update menyajikan informasi sosial kemasyarakatan & kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset & pengumpulan data seperti foto & video dari berbagai sumber yg dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yg ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yg menyampaikan 1 (satu) ilmu saja & ada orang yg mengamalkannya,maka walaupun yg menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: Thepostbd.com  tdk akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yg diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tdk mampu utk memantau kesemua komen yg ditulis disini. Segala komen adalah hak & tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

“Mata Fazura Muka Iras Fattah” – Sambut Hari Jadi Kedua, Kecomelan Fatima Dipuji Ramai

Nama pelakon Fattah Amin kian menjadi sebutan setelah karakter yg di bawanya di dalam filem …

Leave a Reply

Your email address will not be published.