Home / Terkini / Selalu Dipuji Murid Bijak & Rajin, Bila Exam Dapat 4A Pun Anggap Diri Tak Pandai, Terus “Down” Semangat

Selalu Dipuji Murid Bijak & Rajin, Bila Exam Dapat 4A Pun Anggap Diri Tak Pandai, Terus “Down” Semangat

Selalu Dipuji Murid Bijak & Rajin, Bila Exam Dapat 4A Pun Anggap Diri Tak Pandai, Terus “Down” Semangat

Bila dah lama tinggalkan zaman persekolahan, terkenang semula kenangan pahit manis bersama rakan-rakan dan guru-guru, kadang kala rindu nak merasai semula semua penat jerih sebagai seorang murid. Antaranya apabila kita bertungkus-lumus untuk menghadapi peperiksaan yang besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Bila dah berusaha memang kadang-kala apa yang kita usahakan keputusan itu tak seperti yang kita harapkan. Tidak semua bernasib baik untuk meraih keputusan cemerlang. Malah, ada juga murid mendapat keputusan yang baik tetap tidak berpuas hati dan kecewa kerana meletakkan harapan yang tinggi selepas berusaha sehabis baik. Perkara seperti ini boleh melemahkan semangat murid hingga menyebabkan tak mahu sambung ke peringkat menengah.

Perkara seperti ini perlu dielakkan dalam institusi pendidikan di Malaysia. Tambahan pula, sikap segelintir orang kita yang suka membanding-bandingkan keputusan 5A adalah lebih baik daripada 4A 1B dan sebagainya. Perbandingan toksik seperti ini yang tidak seharusnya berlaku kerana setiap keputusan yang diperoleh murid datang dari usaha, disiplin dan semangat berterusan dan apa sahaja keputusan perlu dihargai dan tidak sepatutnya masyarakat sekeliling memandang rendah dengan murid yang mendapat keputusan yang kurang bernasib baik.

ADVERTISEMENT

Oleh sebab hal sebegini, Kementerian Pendidikan Malaysia membentuk sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS adalah teras kepada pendidikan sekolah rendah. PBS merangkumi empat komponen Akademik dan Bukan Akademik. Komponen Akademik terdiri daripada Pentaksiran Bilik Darjah dan Pentaksiran Pusat. Manakala, Komponen Bukan Akademik pula terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Korukikulum (PAJSK). Banyak negara lain menggunakan konsep PBS seperti Guatemala, Honduras dan Nicaragua dan PBS lebih merangkumi pelbagai aspek keperluan murid.

Kelebihan sistem PBS ini, guru boleh mengesan potensi bukan sekadar dalam bidang akademik, malah boleh mengesan bakat murid dalam bidang sukan dan sebagainya. Selain itu juga, guru boleh mengesan setiap kelemahan murid dan membantu murid mengatasi kelemahan mereka dan menukar kelemahan itu sebagai kekuatan murid untuk bersaing secara sihat dengan pelajar lain.

ADVERTISEMENT

Selepas UPSR dimansuhkan, selepas ini tiada lagi perbandingan keputusan peperiksaan yang akan berlaku. Perbandingan yang tidak sihat sehingga boleh menyebabkan kesihatan mental dan moral pelajar terganggu dek kerana mulut-mulut segelintir individu yang suka membanding-bandingkan keputusan peperiksaan.

Sudah terang lagi bersuluh, sistem PBS ini sememangnya memberikan impak positif kepada murid khususnya dan dapat meringankan beban murid yang tidak perlu rasa tertekan untuk menghadapi peperiksaan besar dan lebih ramai murid akan diberikan perhatian untuk memperbaiki kelemahan dan mengasah potensi masing-masing.

About admin2

Check Also

Video Ini Tunjuk Perbezaan Layanan ‘Double Standard’ Antara Mat Saleh Dan Mat Nepal Oleh Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan apabila content creator dari negara barat datang melancong ke Malaysia atau berniaga di sini atau boleh bercakap dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.