Bas Baw4 30 Murid, 10 Guru Terbab4s Akibat Stereng Tidak Berfungsi

GUA MUSANG, 31 Okt (Bernama) — Sepuluh guru dan 30 murid Sekolah Islam Integrasi Ikhwan Gong Kulim Pasir Puteh berdepan detik cemas, apabila bas dinaiki mereka terbabas ke dalam semak ladang sawit di KM 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian yang berlaku 6.15 pagi itu, menyebabkan kesemua pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun mengalami cedera ringan.

“Bas tersebut dalam perjalanan pulang dari Zoo Negara menuju Pasir Puteh.

“Siasatan lanjut mendapati kemalangan berlaku apabila stereng bas berkenaan tidak berfungsi, menyebabkan pemandu gagal mengawal kenderaan itu seterusnya terbabas ke dalam semak ladang sawit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata kesemua mangsa telah dibawa ke Klinik Chiku 3 untuk menerima rawatan awal.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959, kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Sumber: Bernama

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments