Ibu Hamil 28 Minggu Cipta Kejutan, Tawan Acara Sukan Lasak “Spartan Race” Dalam Masa Sejam 10 Minit

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat, wanita hamil dianggap sebagai golongan berisiko dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Maka, tak hairanlah, begitu banyak pantang larang dikhususkan untuk ibu-ibu hamil ini, walaupun adakalanya terlalu ketat, namun dibuat demi kebaikkan si ibu dan juga bayi dikandungnya.

Walau bagaimanapun, kisah seorang wanita ‘besi’ berbadan dua kali ini berjaya menarik perhatian ramai apabila menyertai dan menamatkan  acara Spartan Race yang diadakan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada pagi 24 September yang lalu.

Difahamkan bahawa ibu hebat ini berjaya menamatkan acara tersebut dengan catatan masa yang mengagumkan iaitu, 1 jam 10 minit 38 saat.

Kredit: Instagram

Kisah berkenaan dikongsikan sendiri oleh tuan badan melalui Instagramnya @kamahaidir dan perkongsian itu pantas mencuri tumpuan para pengikutnya sehingga menjadi tular di platform media sosial yang lain.

Hanya satu perkataan yang dapat diungkapkan iaitu ‘Hebat’

Menurut Puan Kama, peserta bagi acara tersebut perlu berlari sepanjang lima kilometer berserta 20 halangan dan ia bukan satu perkara yang mudah baginya yang sedang berbadan dua 28 minggu. Namun, semua cabaran itu berjaya dihadapinya selepas menjalani latihan kecergasan selain mendapat bantuan dan tunjuk ajar daripada barisan jurulatih kecergasan di gymnasium yang dikunjunginya.

Katanya lagi, dia sudahpun membuat persiapan untuk menyertai acara tersebut sejak sebelum disahkan hamil lagi.

Berkongsi pengalaman itu lebih lanjut, urusetia di Spartan Race pada mulanya menunjukkan wajah yang penuh kebimbangan ketika melihatnya menyelesaikan halangan-halangan yang perlu disempurnakan sepanjang laluan Spartan Race sejauh lima kilometer itu.

Namun, sebagai seorang yang gemarkan cabaran, Puan Kama menjelaskan bahawa dia cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan semua halangan tersebut namun tetap berpuas hati apabila menyelesaikan 17 daripada 20 halangan yang ditetapkan.

“Kasi tapau habis”, katanya lagi dengan penuh keterujaan. Wanita berkenaan turut meluahkan penghargaan kepada pasukan urusetia yang memberikan perhatian dan sokongan kepada dirinya sepanjang acara tersebut berlangsung.

Ujarnya lagi, dia merancang untuk menyertai aktiviti-aktivii serupa di masa akan datang biarpun umurnya kini sudah melepasi angka 30-an dan bergelar ibu kepada tiga anak.

Rahsia kehebatan ‘Ibu Besi’ ini

Terlebih dahulu, Siakap Keli menzahirkan rasa bertuah kerana dapat menghubungi Puan Kama Haidir untuk bertanya mengenai rahsia mengekalkan kecergasannya walaupun berbadan dua.

Sebelum berkongsi lebih lanjut, menurut Puan Kama, dia ingin memaklumkan bahawa dirinya bersama bayi dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan menjalankan pemeriksaan rutin dengan pegawai perubatan bertauliah di Klinik Kesihatan.

Menyentuh mengenai rahsia kecergasan, Puan Kama mendedahkan dia mengamalkan gaya hidup aktif sejak dari bangku sekolah lagi. Pada masa yang sama juga, tugasnya sebagai freelance instructor turut memberikan kelebihan kepada dirinya kerana mempunyai ilmu mengenai senaman yang sesuai dengan wanita mengandung.

Kongsinya lebih lanjut, dia mengambil makanan dua jam lebih awal sebelum bersenam selain mengambil beberapa supplemen untuk memastikan dirinya kekal cergas dan bayi membesar dengan sihat.

Manakala senaman yang dilakukan pula pada kadar kesukaran yang rendah dan mengikut kemampuan diri sebagai wanita hamil.

 

 

Antara jenis latihan yang biasa dilakukannya seperti angkat berat dan zumba. Puan Kama menyarankan wanita perlu mencari regim senaman yang sesuai dari awal dan boleh diteruskan ketika hamil. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika senaman yang dibuat dipantau oleh jurulatih yang berpengalaman, lebih-lebih lagi jika si ibu tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang rutin senaman yang sesuai dengan keadaan dirinya.

Seterusnya, Puan Kama juga berharap perkongsian yang dibuatnya mengenai wanita hamil yang aktif dilihat daripada sudut positif dan sebagai satu kebaikkan. Katanya lagi, sebahagian daripada mereka yang terlibat memang melakukan persediaan rapi selain terdiri daripada golongan profesional dalan dunia kecergasan.

Dia juga menasihati golongan ibu-ibu untuk terus kekal aktif, kerana jika si ibu sihat, bayi dalam kandungan juga akan sihat. Namun, semua aktiviti kecergasan yang dibuat perlu bersesuaian dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada kandungan. Paling utama, jika tidak mempunyai ilmu yang mencukupi, lebih selamat jika mendapatkan nasihat daripada jurulatih kecergasan yang berpengalaman dan bertauliah.

Akhir sekali, dia sangat menyokong aktiviti senaman ketika hamil kerana memberi manfaat kepada perkembangan bayi dan membantu para ibu mengurangkan kadar tekanan semasa mengandung, mencegah diabetes, meningkatkan stamina dan kesihatan jantung serta banyak lagi.

About Mat Lan Editor

Check Also

Harga Telur Ayam Mahal, Tiba Tiba Naik Mendadak

BEKALAN te’lur ayam gred A dan B yang masing-masing dijual pada harga RM18 dan RM17 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments