Harga RON97, RON95 D4n Diesel Kek4l

Harga RON97, RON95 Dan Diesel Kekal

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Harga runcit tiga jenis produk petroleum tidak berubah bagi tempoh 3 hingga 9 Nov.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.95 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15) seliter.

Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak sebenar di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling.

Baca: “Sekelip Mata Bisnes Boleh Lingkup,” Ini Realiti Peniaga Di KL Kena Hadam Bila Duit ‘Rolling’ Modal Tak Cukup

 

Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

 

Sumber: BERNAMA

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments