“Nak Semu4 Bagus Tapi…” Zamsaham Kecewa Tiket Perlawanan Bola Baw4h RM20 Dikatakan Maha

“Nak Semua Bagus Tapi…” Zamsaham Kecewa Tiket Perlawanan Bola Bawah RM20 Dikatakan Mahal

Pemilik Kelantan Football Club (FC), Norizam Tukiman mendedahkan beliau kecewa dengan sikap segelintir penyokong bola sepak yang mahu harga tiket perlawanan dijual dengan harga yang rendah.

Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham berkata beliau tidak pernah berkira untuk mengeluarkan wang demi memberikan yang terbaik untuk pasukan The Red Warrior (TRW).

Namun, beliau terkesan apabila segelintir penyokong mengeluh dengan harga tiket yang dijual mahal walaupun nilainya bawah daripada RM20.

“Saya sedih sebenarnya bila ada yang komen nak harga RM10. Apa anda ingat saya bayar gaji pemain RM1,500 sebulan?

 

“Apa anda ingat team TRW dapat tajaan kerajaan negeri? Apa anda ingat saya dapat project dapat tanah?” katanya menerusi hantaran di laman Facebook malam ini.

Menurutnya, penyokong mahukan yang terbaik untuk pasukan bola sepak namun mereka tidak sanggup melabur dan hanya memikirkan mengenai perubahan.

“Nak pemain bintang, nak stadium hebat. Nak pusat latihan lima bintang, nak bagus semua bagus.

“Nak pastikan bagi bonus dekat pemain kalau menang, tapi tiket nak harga 10 tahun lepas,” katanya lagi.

Beliau yang selaku presiden TRW  turut meluahkan rasa terima kasih kepada penyokong yang sanggup memberi sokongan dengan membeli tiket yang dijual pada setiap perlawanan.

“Saya secara peribadi ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tak lokek berbelanja untuk team.

“InshaAllah anda tak lokek berbelanja, saya selaku pemilik takkan lokek untuk team TRW kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Norizam turut berjanji akan menjual tiket dengan harga RM10 sekiranya Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sanggup menjelaskan hutangnya berjumlah jutaan ringgit.

“Maafkan saya, jika anda rasa tiket RM18 atau RM20 pun mahal.

“Saya janji bagi anda tiket RM10 atau free lawan JDT jika KAFA bayar hutang saya RM3.93 juta malam ini,” kata Zamsaham.

Pada September lepas, Norizam dilaporkan telah menyaman KAFA kerana gagal melunaskan hutang sebanyak RM3.93 juta kepadanya.

Setiausaha KAFA, Husin Deraman mengesahkan sudah menerima surat saman yang dikemukakan oleh pemilik Kelantan FC itu dan pihaknya sedang berusaha mencari dana bagi melunaskan hutan berkenaan.

 

Sumber: Zamsaham via Facebook

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments