Dah Tak Jadi Jutawan, Peminat Lanc4r Tabung Sumbangan Bantu K4nye West Tapi Tak Laku

Sekumpulan peminat rapper terkenal Amerika Syarikat (US) Kanye West melancarkan kempen sumbangan menerusi GoFundMe bagi membantu mengembalikan semula status jutawannya yang ‘hilang’ baru-baru ini.

Lapor NDTV, taraf Kanye yang kini dikenali sebagai Ye ibarat sudah ‘downgrade’ apabila dia kehilangan RM948 juta dalam masa sehari selepas kontraknya bersama Adidas ditamatkan gara-gara pernah membuat kenyataan kontroversi.

Malah lebih malang lagi, akibat kenyataan berbaur antisematik itu, nama Ye yang pernah tersenarai sebagai salah seorang jutawan terkenal di dunia dalam majalah ekonomi Forbes juga turut digugurkan.

Sehubungan itu, peminat-peminat tersebut tekad melancarkan kempen ‘Jadikan Kanye West Sebagai Jutawan Semula’ di platform GoFundMe dengan menyasarkan sasaran kutipan sumbangan sebanyak RM47,000.

Bagaimanapun sumbangan itu hanya berjaya mengumpul dana serendah RM23 sahaja sebelum kempen berkenaan ditamatkan daripada platform GoFundMe tersebut.

 

Walaupun begitu, terdapat juga kempen pengumpulan sumbangan lain yang dikatakan mempunyai agenda sama, namun ia tetap belum berjaya mengumpul dana sasaran dalam tempoh 10 jam selepas pelancarannya.

Dikecam gara-gara sensitiviti

Sebelum itu, Ye menerima kecaman ramai selepas dia membuat kenyataan antisematik, kontroversi dan mencetuskan kebencian.

Terbaharu, dia ada membuat kenyataan balas dipercayai berbaur kebencian mengenai kematian individu di US, George Floyd yang mencetuskan gelombang ‘Black Lives Matter’ dua tahun lalu.

 

Malah ketika itu, dia juga mendakwa bahawa bahan Fentanyl turut menyumbang kepada kematian Floyd, walaupun sebenarnya kematiannya dianggap sebagai pembunuhan.

Oleh itu, beberapa syarikat gergasi terkemuka di dunia termasuk Adidas memutuskan untuk menamatkan kontrak dan berpisah terus dengan penyanyi rap terbabit.

Minggu lalu, Ye mengadu kepada peminatnya bahawa ’empayar’ namanya yang dibinanya selama ini telah runtuh.

“Ada ‘tangan’ yang tidak diketahui cuba memusnahkan hidup saya dengan mempercayai ciapan di Twitter.

“Adakah ini membuktikan bahawa apa yang dipanggil syak wasangka yang dibuat terhadap saya adalah benar? Mekar dengan cinta. Ini adalah ucapan kasih sayang,” memetik kaspyen di Instagram Ye.

Dalam pada itu Ye turut menuntut supaya pembatalan kontraknya perlu diperiksa semula dan buktikan apakah benar kenyataan dibuatnya bawa kerugian kepada syarikat berkenaan.

“Tuhan (kepercayaannya) telah menunjukkan kepada saya dengan apa yang Adidas dan media lakukan. Saya tahu bagaimana perasaan terjerat sekarang,” katanya.

Sumber: NDTV

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments