Hanya Culas Bayar Sewa Selama Sebulan, Tuan Rumah Tergamak Halau 6 Beranak Dari Rumah

Sudah menjadi lumrah di mana para penyewa rumah perlu menjelaskan wang sewaan rumah sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam pada itu, tuan rumah juga diingatkan untuk mempunyai sifat empati terhadap situasi kewangan keluarga penyewa

Menerusi perkongsian Facebook Kemelut Rumah Tangga oleh individu bernama Wina Wani, beliau telah berkongsi tragedi Oktober yang menimpa dirinya pada bulan lalu apabila beliau sekeluarga yang terdiri daripada enam beranak telah dihalau oleh tuan rumah hanya kerana gagal membayar sewa rumah selama sebulan.

Terpaksa keluar malam tanpa maklum kepada tuan rumah 
Sumber: facebook wina wani

Difahamkan mereka terpaksa keluar pada waktu malam tanpa memaklumkan kepada tuan rumah kerana terlalu geram  dengan sikap tuan rumah yang hari-hari mendesak mereka untuk membayarnya.

Lebih mengejutkan keluarga ini, difahamkan individu yang disangka ‘tuan rumah’ tersebut nyatanya sekadar individu yang menjalankan sublet di mana beliau juga menyewa daripada tuan rumah yang sebenar.

Kegagalan individu yang menjalankan sublet ini untuk membayar sewa selama tiga bulan antara yang membuatkan beliau sanggup serta mendesak keluarga ini tinggalkan rumah tersebut hanya kerana gagal membayar sewa selama satu bulan.

Gagal cari bilik sewa lain

Difahamkan keluarga ini turut berusaha untuk mencari bilik sewa yang lain namun menemui kecewa apabila bilik sewa yang dihubungi sekadar mengambil individu bujang dan bukannya keluarga 6 beranak. Wanita ini turut mendedahkan terpaksa merayu kepada tuan rumah namun masih gagal.

Lebih menyedihkan, pasangan suami isteri ini kedua-duanya anak yatim piatu manakala pihak suami pula tidak mempunyai adik beradik lain. Gara-gara terdesak serta tidak mempunyai tempat tinggal lain, wanita ini memaklumkan terpaksa meminta bantuan sepupu beliau yang berada di Nilai.

Meskipun agar berat untuk meninggalkan kawasan setempat berikutan anak-anak sudah mendaftar sekolah, keluarga ini terpaksa juga berpindah gara-gara tidak mempunyai tempat tinggal dengan memilih untuk menyewa di rumah sepupu wanita ini.

Jual kipas dan tong gas demi dapatkan wang tambang
Sumber: facebook wina wani

Gara-gara tidak lagi mempunyai wang, pasangan ini difahamkan terpaksa menjual sebuah tong gas dan dua buah kipas bernilai RM180 bagi mendapatkan wang tambang. Sepupu wanita ini juga turut memberikan wang tambahan sebanyak RM200 bagi membolehkan mereka dapat selamat tiba di Nilai.

Bermulalah episod keluarga ini meninggalkan kawasan setempat serta berpindah ke Nilai berbekalkan empat kerusi bas dalam usaha untuk menjimatkan wang bagi keluarga enam beranak ini.

Berpindah ke Nilai

Setibanya di Nilai, wanita ini turut memaklumkan anak-anak beliau kelaparan membuatkan mereka terpaksa berbelanja sedikit wang mereka untuk membeli roti untuk dijadikan bekalan sementara tiba di rumah sepupunya.

Wanita ini turut memaklumkan mereka sekadar mempunyai sebuah motosikal dan tidak mempunyai kenderaan lain sebelm berpindah ke Nilai. Mereka turut cuba untuk berniaga di kawasan setempat namun gagal meraih jualan manakala modal yang ada di tangan tidak cukup untuk membuat modal pusingan.

Wanita ini turut meluahkan rasa syukur kepada sepupu beliau yang masih mempunyai ihsan terhadap mereka dengan menawarkan sebuah bilik sewa. Kini suami beliau sudah mendapat pekerjaan di Nilai dan mereka bercita-cita untuk mencari rumah sewa serta mahu menguruskan sekolah baharu buat anak-anak mereka.

Perkongsian sayu yang dikongsikan wanita ini sekaligus telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang sedia menawarkan bantuan kerja. Tidak kurang juga memaklumkan wanita ini untuk memberi nombor akaun bank beserta alamat membolehkan orang ramai membantu.

Sumber: facebook kemelut rumah tangga
Sumber: facebook kemelut rumah tangga

Keluarga ini turut berharap orang ramai dapat mendoakan mereka serta berharap mereka dimurahkan rezeki untuk hari-hari mendatang. Didoakan agar keluarga terus cekal menempuh ujian yang dilalui sekaligus terus bangkit bersama keluarga.

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments