Lubnan Di Ambang Muflis, Penduduk Temp4tan Terpaks4 Melombong Bitcoin Untuk Beli Barang Runcit

Pada hari ini, nilai Bitcoin berjaya melepasi RM100,000 selepas sekian lama berada di bawah paras nilai tersebut. Peningkatan nilai ini membuatkan para pemiliknya boleh menarik nafas lega kerana kritptowang yang dimiliki bakal memberi pulangan yang lumayan.

Sementara di Lubnan pula, rakyatnya kini terpaksa menggunakan melombong kriptowang Bitcoin dan Tether untuk memberi barangan runcit. Hal ini kerana nilai wang negara di tersebut mengalami penyusutan yang tinggi yang mana $1 (~RM4.75) bersamaan dengan 75 sen sahaja.

Sumber Gambar: Thomson Reuters Foundation News

Ini membuatkan penduduk tempatan perlu mengambil inisiatif berbeza tanpa perlu bergantung sistem kewangan negara Lubnan yang dikira sudah semakin nazak pada ketika ini. Jadi, sebahagian individu telah melakukan aktiviti melombong kriptowang dengan menjana 0.02 BTC bersamaan RM2,019.39 sebulan.

Malah, ada individu yang berkerja sebagai freelance mengambil upah dalam bentuk Bitcoin kerana dilihat jauh lebih berbaloi berbanding dengan nilai  matawang negaranya. Dengan kadar inflasi yang tinggi, pertukaran wang di negara tersebut dilihat terlalu rendah sehingga menyukarkan kehidupan rakyatnya.

 

Sebahagian pemilik kedai makan juga sudah menerima kriptowang sebagai pembayaran. Mereka turut mengesahkan lebih 30% transaksi di dalam seharian kini menerusi platform kriptowang. Setakat ini, ramai individu mulai beralih ke arah kriptowang dan menjana pendapatan menerusi aktiviti melombong Bitcoin dan Tether.

About Mat Lan Editor

Check Also

pesilat-sukma-terengganu-meninggal-dunia-setelah-terkena-tendangan-maut-pihak-lawan

Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia setelah terkena tendangan maut pihak lawan

Atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments