Pakar Ramal Bandar Pekalong4n Di Jawa Tengah Akan Tenggel4m Pada Tahun 2035

Pakar Ramal Bandar Pekalongan Di Jawa Tengah Akan Tenggelam Pada Tahun 2035

INDONESIA – Satu kajian yang didedahkan dalam seminar online baru-baru ini meramalkan bahawa Bandar Pekalongan di Jawa Tengah akan tenggelam pada tahun 2035.

Memetik laporan Detik News, hal ini terjadi disebabkan paras tanah di bandar itu terus jatuh.

Malah, paras tanah di kawasan itu pernah dilaporkan menurun sebanyak 11.9cm dalam tempoh dua tahun.

Perancang Pakar Bersekutu Bandar Pekalongan, Slamet Miftakhudin berkata bahawa beberapa kawasan telah dikaji sejak tahun 2020 yang memperlihatkan berlakunya penurunan tanah.

 

“Sejak tahun 2020 lagi, pasak telah dipasang di beberapa lokasi untuk menentukan penurunan tanah. Penurunan yang tinggi pernah berlaku di kawasan Stadium Hoegeng dan TPA Degayu.

“Dari hasil pemodelan yang dirangka bagi tahun 2035, 90 peratus kawasan Bandar Pekalongan akan tenggelam,” katanya dalam seminar itu.

Menurutnya lagi, peratusan kawasan kediaman yang terjejas akibat banjir pada tahun itu akan meningkat sebanyak 100 kali ganda.

 

Kredit: Robby Bernardi via Detik News

Kenyataan tersebut turut disokong oleh penyelidikan yang dijalankan oleh Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (BRIN).

“Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh BRIN, Bandar Pekalongan mengalami kadar penurunan tanah yang lebih tinggi daripada Jakarta,” jelas Galdita A. Chulafak, penyelidik agensi berkenaan.

Beliau juga turut meramalkan bahawa kadar penurunan tanah akan meningkat pada setiap tahun. 

Jelasnya lagi, jika diambil kira purata kadar penurunan tanah sebanyak 6cm per tahun di Bandar Pekalongan, pengiraan tanpa mengambil kira parameter lain membolehkan penurunan tanah berlaku sehingga 60cm dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Jika kita menggunakan anggaran paling buruk iaitu sebanyak 11cm, semua kawasan yang mempunyai ketinggian kurang daripada 1 meter akan tenggelam dalam masa sembilan tahun jika tiada langkah keselamatan diambil,” tambahnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, pihak berkuasa di Bandar Pekalongan telah mengambil beberapa tindakan bagi mencegah hal tersebut daripada berlaku.

Ia merupakan Program Blue Deal yang turut dijalankan bagi menangani masalah banjir pasang surut yang berlaku sejak 12 tahun lalu.

Program Blue Deal akan dijalankan dengan kerjasama komuniti dan pihak institusi yang turut sama mengambil berat tentang alam sekitar.

 

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments