Pelombong Terperangk4p Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Mak4n Serbuk Kopi

Pelombong Terperangkap Tanah Runtuh Sembilan Hari, ‘Survive’ Makan Serbuk Kopi

Dua pekerja lombong yang terperangkap di bawah runtuhan tanah selama sembilan hari dalam kejadian di Bonghwa, Korea Selatan baru-baru ini berjaya ditemui masih hidup dan diselamatkan, lapor Independent.

Menurut sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat, satu-satunya cara mereka untuk bertahan hidup sepanjang tempoh itu adalah dengan memakan serbuk kopi segera dan minum air yang menitis dari siling yang runtuh.

Laporan menyatakan kedua-duanya yang masing-masing berusia 62 dan 56 tahun itu ditemui dalam keadaan baik walaupun pada mulanya mereka mendakwa mengalami hiportemia dan sakit otot.

Difahamkan sejak terperangkap di bawah runtuhan tanah sedalam 200 meter pada 26 Oktober lalu, kedua-dua mangsa terpaksa berkongsi 30 paket serbuk kopi segera sebagai makanan asas.

Malah mereka juga perlu menyalakan api dengan bahan asas yang ada untuk mengelakkan kesejukan, selain hanya berlindung di dalam khemah yang dibina daripada plastik.

Semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan, pasukan penyelamat menggerudi lubang kecemasan di atas puncak kawasan runtuhan tanah untuk memasukkan kamera kecil bagi mengesan mangsa.

Justeru melalui lensa kamera tersebut, penyelamat mendapati kedua-dua mangsa sedang duduk memeluk bahu masing-masing untuk memanaskan badan mereka.

Sementara itu, kejadian runtuhan tanah tersebut turut mendapat perhatian Presiden Korea Selatan, Yook Suk Yeol dan beliau berkata usaha SAR berkenaan sebagai satu ‘keajaiban’.

“Terima kasih dan terima kasih sekali lagi kerana (mangsa) berjaya kembali dengan selamat dari ‘persimpangan’ antara hidup dan mati,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Sumber: The Independent

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments