“Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Gradu4n Perlu Hadam, 5 Tahun Gr4d Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Bila cakap sahaja soal masa depan anak-anak, ibu bapa mana yang tak sayang anak dan pentingkan pendidikan demi memastikan anak itu berjaya dan berguna kepada masyarakat. Ada yang sanggup buat apa sahaja termasuk spend beribu ringgit demi memastikan anak-anak mendapat didikan yang sempurna.

Tapi sayangnya, zaman sekarang ini tak semua graduan cepat dapat kerja. Ada yang dah bertahun-tahun tunggu kekosongan kerja tapi tak dapat dapat juga. Ada juga yang bertahun-tahun, tapi masih belum ada pendapatan tetap dengan gaji yang setimpal. Hakikatnya, pelaburan berpuluh ribu ‘hangus’ tapi ilmu tak dapat dipraktikkan dalam kerjaya sebenar.

Laporan BERNAMA pada Julai 2021 lalu menunjukkan bahawa seramai 202,400 graduan universiti masih lagi menganggur. Ramai diantara graduan ini meluahkan bahawa mereka susah nak dapat kerja.

Ada yang dah hantar berpuluh hatta beratus resume, tapi belum dapat panggilan kerja. Ada juga yang dah ke temuduga, tapi senyap tanpa khabar berita. Akhirnya, disebabkan memerlukan wang ringgit demi menyara diri, ada yang terpaksa ambil sahaja kerja yang ada walaupun lari daripada bidang yang dipelajari ketika di universiti.

Bila dah bertahun kerja dalam bidang yang bukan dipelajari, rasa tak yakin untuk minta kerja dalam bidang sendiri itu semakin tinggi kerana dah lama tak praktikkan. Ianya secara tidak langsung akan menjerumus kepada rasa tidak yakin untuk bersaing dengan calon lain.

Jika anda tergolong dalam kategori graduan yang sedang mencari kerja ini, sebenarnya ada banyak je peluang kerja yang kita boleh dapatkan kalau kita tahu mana lubuknya.

Salah satunya ialah Karnival Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia yang dianjurkan oleh Perkeso, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan Malaysia. Karnival ini telah pun diadakan pada 3-4 November lalu.

Terdapat lebih 5,000 peluang kerja yang ditawarkan dalam karnival kerjaya ini.

Menurut Tengku Zafrul dalam ucapannya, kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan golongan belia yang mencari kerja, mendapat peluang untuk bekerja dalam sektor yang bersesuaian bagi menangani isu pengangguran serta kehilangan pekerjaan berikutan pandemik COVID-19.

“Sebagai usaha berterusan, dilihat juga pada hari ini sebanyak 5,643 peluang pekerjaan ditawarkan oleh 26 majikan.

“Karnival yang dianjurkan secara nationwide ini merupakan usaha Kerajaan dalam memastikan pencari kerja, terutamanya golongan belia, mendapat peluang pekerjaan dari pelbagai sektor,” ujarnya.

Tambahnya lagi, bagi memastikan penduduk di luar bandar turut tidak keciciran, Kerajaan bersama-sama dengan kerjasama PERKESO dan beberapa kementerian serta agensi telah pun memperkenalkan Pusat Satelit MYFutureJobs.

“Sehingga kini, terdapat 150 Pusat Satelit di pelbagai lokasi seluruh negara dan 12 daripadanya adalah di negeri Selangor.

“Ia di Paya Jaras, Pulau Meranti, Bukit Kapar, Sg Gumut, Bukit Cherakah, Kampung Kundang, Taman Saujana Utama, Bangi, Kajang dan juga di Universiti Malaya,” katanya lagi.

Tak hanya itu, dalam Bajet 2023 yang dibentangkan sebelum ini, beliau turut ada menyatakan bahawa Kerajaan bercadang untuk membangunkan 13 lagi Pusat Satelit MYFutureJobs di UTC seluruh negara.

Secara amnya, golongan pencari kerja perlu memanfaatkan usaha yang dilakukan Kerajaan ini kerana sebenarnya banyak sahaja lubuk kerja yang tinggal untuk dicuba.

Walaupun Karnival JaminKerja ini telah dilangsungkan, usah risau. Golongan pencari kerja ini masih boleh lagi memanfaatkan inisiatif Kerajaan dengan melayari portal MYFutureJob. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari portal MYFutureJob ini sekarang.

About Mat Lan Editor

Check Also

Harga Telur Ayam Mahal, Tiba Tiba Naik Mendadak

BEKALAN te’lur ayam gred A dan B yang masing-masing dijual pada harga RM18 dan RM17 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments