PRU15: Lebih 200 Bendera PH Dicabut, Dibuang Ke Parit

KLUANG, 8 Nov (Bernama) — Lebih 200 bendera Pakatan Harapan (PH) yang dipasang di sepanjang laluan Kampung Parit Kuari dekat Ayer Hitam di sini dicabut dan dibuang ke dalam parit, dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Calon PH bagi Parlimen Ayer Hitam Sheikh Umar Bagharib Ali menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata para petugas yang memacak bendera menyedari kejadian itu sekitar 8 pagi semalam selepas enam jam dipasang.

“Kami amat kecewa terhadap sikap politik samseng sebegini dan mengutuk mana-mana pihak yang menggunakan taktik kotor serta tidak bertamadun dalam pilihan raya.

“Sikap ini telah mencalarkan demokrasi yang membenarkan parti-parti politik berkempen secara sihat dan mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak berkuasa,” katanya.

Bagaimanapun, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor telah mengarahkan petugas PH di Parlimen itu supaya tidak melakukan sebarang tindak balas di luar sempadan undang-undang pilihan raya.

About Mat Lan Editor

Check Also

Harga Telur Ayam Mahal, Tiba Tiba Naik Mendadak

BEKALAN te’lur ayam gred A dan B yang masing-masing dijual pada harga RM18 dan RM17 …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments