Dakwaan Minum4n Nutrimalt Kandungi Alkohol Tidak Ben4r – 7-Eleven

Dakwaan produk minuman jenama Nutrimalt keluaran kumpulan Carlsberg yang didakwa dikategorikan sebagai minuman beralkohol seperti yang tular baru-baru ini adalah tidak benar.

7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, satu tindakan pantas sudah diambil bersama pihak pengeluar bagi mengenal pasti status minuman berkenaan.

“Ketika menerima aduan ini, kami mengambil tindakan serta-merta dengan menghubungi pengeluar Nutrimalt untuk memberi pencerahan berhubung perkara ini.

“Pihak pengeluar telah memberikan respon secara rasmi dan menekankan bahawa. produk ini tidak mengandungi alkohol dan kami berkongsikan maklumat ini kepada pihak umum dan juga pelanggan setia 7-Eleven,” maklum kenyataan itu hari ini.

Dalam pada itu, 7-Eleven menegaskan bahawa pihaknya tidak ambil ringan tentang proses kelulusan sesuatu produk yang dijual di bawah rangkaiannya.

“Ingin ditekankan bahawa komitmen 7-Eleven adalah berterusan d.alam memastikan setiap kebimbangan para pelanggan didengari dan diuruskan dengan baik supaya kami dapat memberikan perkhidmatan terbaik.

“Di 7-Eleven, semua produk kami melalui proses kelulusan yan.g ketat untuk memastikan keselamatan penggunaan yang terjamin bagi semua pelanggan.

“Kami sentiasa mengamalkan kerjasama yang rapat dengan para pembekal dalam memastikan pembekalan rantaian yang cekap dan jaminan bahawa setiap produk kami adalah menepati kualiti yang ditetapkan,” tambahnya.

Sebelum ini, tular di media sosial tentang isu minuman Nutrim.alt yang didakwa mengandungi kandungan alkohol kerana dikilangkan di bawah syarikat pengeluar minuman beralkohol.

Sumber: kenyataan media 7-Eleven

BACA JUGA: Produk Minuman Jenama Nutri Malt Tidak Memiliki & Tidak Layak Mohon Sijil Halal Malaysia – JAKIM

Sumber: kenyataan media 7-Eleven

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments