Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia

Bayi Dihempap Pokok Ru Dilapor Meninggal Dunia

Seorang bayi lelaki berusia setahun lima bulan dilaporkan meninggal dunia selepas enam jam bertarung nyawa di Hospital Melaka awal pagi ini berikutan dihempap pokok ru bersama ibunya semalam.

Memetik Sinar Harian, pemergian bayi terbabit dikongsikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi.

Beliau berharap agar ahli keluarga khususnya ibu bapa mangsa tabah menghadapi ujian itu, maklumnya sewaktu dihubungi pihak hopsital pada jam 1.30 pagi tadi.

 

“Mangsa (bayi) yang dihempap pokok telah kembali kepada sang penciptanya sebentar tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan diharapkan ibu dan ayah serta keluarga tabah dengan dugaan ini,” jelasnya.

Imbas kembali,  detik kegembiraan lima beranak bertukar duka selepas ibu bersama bayi berkenaan dihempap sebatang pokok ru sewaktu berkelah di Pantai Puteri, Tanung Kling, lapor Sinar Harian semalam.

Difahamkan, insiden itu berlaku sekitar jam 6.30 petang semalam.

Sumber: Sinar Harian

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments