Pencakar Langit Bah4ru Dubai, Bak4l Jadi Kediaman Tertinggi Di Dunia

Pemaju hartanah Binghatti dengan kerjasama syarikat barang kemas mewah Jacob & Co. menyasarkan bangunan pencakar langit baharu di Dubai menjadi struktur kediaman tertinggi di dunia, lapor Gulf.

Dalam proses itu, syarikat pemaju berkenaan telah mencipta istilah baharu yang dinamakan sebagai ‘hyper-tower’.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Seni Bina Binghatti, Muhammad Binghatti berkata pihaknya mencipta jenama mereka seiring dengan barangan mewah seperti Jacob & Co. walaupun produk yang dihasilkan berlainan.

Hal tersebut boleh dilihat pada reka bentuk puncak menara berkenaan yang dibina menyerupai bentuk seakan berlian.

“Apa yang telah dilakukan oleh Binghatti dalam hartanah, adalah dengan mencipta jenama melalui falsafah reka bentuk dan identiti seni bina yang sangat serupa dengan apa yang telah dilakukan oleh Jacob & Co. dalam dunia perhiasan dan horologi,” katanya.

Difahamkan, menara baharu itu akan ditempatkan di Business Bay yang merupakan sebuah pusat perniagaan yang sedang dalam pembinaan di Dubai dan dirancang untuk dibina lebih 100 tingkat.

Pada masa ini, Menara Central Park di New York adalah struktur kediaman tertinggi di dunia, pada 472.4 meter.

Manakala di Dubai pula, Menara Puteri dikatakan sebagai kediaman tertinggi dengan mempunyai ketinggian 414 meter, manakala 23 Marina setinggi 392.75 meter.

Gambar: Gulf

Tambah Binghatti, kerjasama dengan Jacob & Co. akan mencerminkan estetika reka bentuk menara baharu itu.

“Kami mengambil inspirasi daripada pergerakan horologi kompleks yang menyerlah di Jacob & Co. dan kami menyatupadukannya dan meletakkannya sebagai elemen utama menara.

“Menara berbentuk berlian yang terletak di puncak menara itu mengingatkan kepada mahkota sebenar, hiasan kehalusan unik yang diilhamkan oleh reka bentuk permata yang di potong halus oleh Jacob & Co.,” kata Binghatti menerangkan bangunan itu.

Ujarnya, bentuk berlian sebegitu melambangkan ciri-ciri kemewahan yang menghiasi bumi Dubai.

“Ini adalah puncak naratif mewah dalam pembinaan, ciri khas yang menambahkan lagi kemegahan pada langit yang luas di bandar ini,” tambah Binghatti.

Sementara itu, Dubai turut mempunyai menara dengan penjenamaan pembuat jam, Menara Rolex di Sheikh Zayed Road.

Sumber: Gulf News

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments