Semua Pengundi Term4suk Positif COVID-19 Boleh Kelu4r Mengundi, Ini SOP KKM

Semua pengundi serta pesakit dijangkiti COVID-19 yang layak, perlu mematuhi beberapa langkah am bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar pada hari mengundi Sabtu ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata petugas kesihatan akan ditempatkan di pusat mengundi bagi memantau dan melicinkan urusan pengundian individu positif Covid-19.

“Semua pengundi yang layak akan keluar mengundi pada 19 November.

“Beberapa langkah am perlu diambil bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan selamat dan mengurangkan risiko jangkitan kepada pengundi lain serta petugas di pusat pengundi,” kata KKM menerangkan mengenai perkara itu.

Sementara itu, satu poster turut dikeluarkan mengenai panduan yang perlu dipatuhi oleh rakyat Malaysia semasa hari pengundian berlaku.

Difahamkan pengundi yang disahkan dijangkiti Covid-19, diwajibkan memakai pelitup muka bagi mengelakkan pengundi serta petugas yang lain terkena jangkitan tersebut.

Manakala pengundi lain turut digalakkan untuk memakai pelitup muka semasa membuang undi.

Dalam pada itu, poster tersebut menekankan mengenai perjalanan pesakit positif Covid-19 di mana golongan tersebut tidak dibenarkan untuk menaiki kenderaan awam termasuk e-hailing.

“Pengundi positif Covid-19 hendaklah tidak singgah di mana-mana sebelum dan selepas mengundi dan pulang segera selepas selesai mengundi,” memetik info poster itu.

Antara yang lain adalah pengundi perlu membersihkan tangan dengan pensanitasi tangan di tempat yang dikenal pasti semasa mengundi dan mereka turut disyorkan untuk membawanya sendiri.

KKM turut mengingatkan bahawa pengundi positif Covid-19 perlu mematuhi penjarakan fizikal yang selamat, manakala penjarakan fizikal bagi pengundi lain amat digalakkan.

Selain itu, KKM menyarankan agar semua pengundi mematuhi arahan yang diberi agar proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berjalan dengan selamat dan sihat.

“Patuhi arahan petugas kesihatan semasa berada di tempat mengundi,” ujar KKM di laman Facebook.

 

Sumber: KKM via Facebook

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments