Jumlah mangsa b4njir di Johor, Melaka, Kelantan dan Perak meningk4t

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor, Melaka, Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan pada Isnin (14 Nov) malam manakala Selangor pula menunjukkan penurunan.
BACA:
Keadaan banjir di Pulau Pinang semakin pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Lahar Yooi yang menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga ditutup sepenuhnya pada Isnin.

Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir kilat di enam PPS dalam daerah Segamat, Kluang, Pontian dan Tangkak meningkat kepada 318 orang berbanding 310 pada 4 petang.

Cuaca di beberapa daerah dilaporkan mendung termasuk Batu Pahat, Johor Bahru dan Pontian.

Di Melaka, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir di dua PPS di Alor Gajah meningkat kepada 51 orang daripada 16 keluarga berbanding 41 individu daripada 12 keluarga pada 8 pagi.

Seramai 12 orang daripada enam keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Gadek manakala PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal menempatkan 39 individu daripada 10 keluarga.

“Kesemua mangsa terjejas banjir itu adalah dari Kampung Gadek, Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau dan Kampung Belimbing manakala satu kawasan lain turut dinaiki air di Melaka Tengah iaitu Taman Bukit Beruang Bestari namun tiada PPS dibuka,” katanya.

Di Kelantan, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa banjir masih meningkat apabila seramai 2,124 orang daripada 713 keluarga ditempatkan di lapan PPS di daerah Pasir Mas setakat 9 malam berbanding 2,076 individu daripada 693 keluarga petang tadi.

Mengikut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sungai Kelantan di Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan bacaan melepasi paras amaran dengan 9.34 meter.

Di Perak, setakat 9 malam terdapat 254 mangsa di enam PPS iaitu SK Changkat Lobak di Kerian, Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Dewan Orang Ramai Kampung Piandang di Siputeh, Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang, Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt dan Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.

Jumlah mangsa banjir di SK Changkat Lobak merekodkan sedikit peningkatan kepada 34 individu berbanding 10 orang petang tadi selain pertambahan empat mangsa di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak.

PPS Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang di daerah Larut Matang dan Selama pula menunjukkan trend penurunan apabila hanya menempatkan 12 individu daripada dua keluarga sahaja berbanding 40 mangsa sebelum ini.

Di Selangor, berdasarkan laman sesawang InfoBencana JKM, jumlah mangsa banjir terus merekodkan penurunan kepada 126 orang daripada 36 keluarga berbanding 144 individu daripada 44 keluarga Isnin petang.

Sebanyak tiga PPS masih beroperasi berbanding Isnin pagi iaitu SK Sungai Sireh, Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chih Batang Berjuntai.

Sumber : Bernama/SS/ss

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments