MAPIM Sedia Khidmat Klinik Berger4k Dalam Bas, Tawar Rawat4n Percuma Untuk Semua Termasuk Bukan Islam

Bukan sahaja untuk pesakit beragama Islam, Klinik Bergerak anjuran Majlis Perundangan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan turut mengalu-alukan kedatangan pesakit bukan Islam.

Perkhidmatan secara percuma ini telah menyantuni lebih ratusan pesakit sejak dilancarkan. Terbaru, klinik bergerak menggunakan bas dua tingkat itu telah hadir ke Surau Jumaat Al Husna dalam satu program selama dua hari bagi memberi rawatan susulan kepada para pesakit yang pernah disantuni sebelum ini.

Menurut salah seorang pesakit, Hassan bin Abdul Karim, 60, beliau sangat berpuas hati dengan layanan dan khidmat yang diberikan oleh pegawai kesihatan serta sukarelawan MAPIM yang banyak membantu bagi melancarkan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kerana sekali lagi datang bagi memberi rawatan di sini. Saya berharap agar Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan terus berkhidmat untuk orang ramai pada masa akan datang,” ujar salah seorang pesakit lain, Ramzi Yusuf, 40.

Menurut MAPIM, program ini akan diteruskan bagi memberikan khidmat kesihatan secara percuma buat mereka yang memerlukan. Malah, jika ada keluarga atau individu yang memerlukan rawatan, anda boleh menghubungi MAPIM di talian hotline 1300-888-038 atau WhatsApp 0128002016.

Untuk orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan pula, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke Tabung Kemanusiaan MAPIM, 562263540066 (Maybank) atau infak menerusi www.bantuummah.com bagi menyokong perkhidmatan ini secara berterusan.

“MAPIM Malaysia dengan rendah hati menjemput sahabat budiman yang dermawan untuk sama menjayakan agenda peduli ummah 365 hari MAPIM Malaysia dengan misi bantuan dan jelajah khidmat untuk dalam negara. Sumbangan anda mengukir senyuman saudara yang memerlukan dan ringankan beban.

About Mat Lan Editor

Check Also

Profesor Di UNITEN, Dr M A Hannan Diiktiraf Saintis P4ling Berpeng4ruh Dunia

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) — Pakar kejuruteraan elektrik Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)  Profesor Dr …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments