Tanam Terung Kaedah Fertigasi Cep4t Tuai Hasil, Pulang4n Berganda

Kalau tak dipe.cahkan ruyung manakan dapat sagunya. Kalau tak tahu kaedah betul tanaman terung, manakan dapat berganda hasilnya. Apa yang penting, ilmu tentang kaedah penanaman yang berkesan serta ikhtiar menggunakan pelbagai saluran untuk memasarkan hasil pertanian, tidak hanya f0kus kepada satu sumber untuk mendapatkan pulangan. Ini yang dilakukan oleh seorang usahawan tani ini.

Amir Azhar Othman, 53, dari Sungai Besar, Selangor yang mengusahakan tanaman terung ketika ini melihat pengeluaran tanaman itu di ladang seluas 3.24 hektar mampu memenuhi permintaan iaitu 4 hingga 10 tan bagi pasaran sayur terbabit.

Menurut Amir Azhar, tanaman terung di ladang itu mempunyai lebih 20,000 pokok tidak hanya menampung permintaan pemborong untuk pasaran Lembah Klang semata-mata, malahan sebahagian daripada hasil dapat dijual di pasar tani atau kepada peniaga sekitar Sungai Besar.

“Pasaran utama kami ialah pemborong dari Kuala Lumpur yang memerlukan tidak kurang dari 4 tan terung sebulan bagi menampung permintaan pasaran tempatan.

Keistimewaan Tanaman Terung

“Mengenai tanaman terung, istimewanya apabila dijalankan menerusi kaedah fertigasi, pengeluaran hasilnya jauh lebih baik berbanding kaedah k0nvensional iaitu pertumbuhan pok0k singkat, sekali gus memberi pulangan hasil 2 hingga 3 kali ganda.

“Apabila p0kok terung mula mengeluarkan hasil pertama, ia berterusan mengeluarkan hasil sepanjang 4 hingga 5 bulan. Pemb0rong sayur b0leh mendapatkan bekalan yang k0nsisten,” katanya.

Katanya lagi, tanaman terung antara tanaman memberi pulangan menguntungkan kerana kurang berisik0, malah penghasilan yang tinggi untuk tempoh 5 hingga 6 bulan.

Penjagaan Tidak Rumit

“Penanaman terung jauh lebih mudah berbanding cili ketika saya melakukan pr0ses penggiliran untuk tanaman lain. Saya turut menanam sayur lain seperti cili, peria dan buah mel0n.

“Penjagaan tidak rumit dan f0rmula baja yang khas, hasil terung pertama sudah boleh dituai dalam tempoh 45 hari dan setiap hari boleh dituai kerana terung terus mengeluarkan hasil sepanjang 4 hingga 6 bulan.

“Untuk harga ladang kepada pemborong ketika ini, terung boleh dijual antara RM2.50 sehingga RM4.50 (sekilo) mengikut turun naik permintaan.

“Saya menyasarkan setiap pokok mengeluarkan hasil 10 kilogram dengan pendapatan kira-kira RM100,000 bagi tempoh 4 bulan,” katanya.

About Mat Lan Editor

Check Also

padah-pengaruh-tv,-adik-baling-gunting-hingga-tercacak-atas-kepala-kakak

Padah pengaruh TV, adik baling gunting hingga tercacak atas kepala kakak

Gara-gara terpengaruh dengan watak ganas di televisyen, seorang budak lelaki di Thailand baru-baru ini melakukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments