Air Melimpah, Ini Keada4n Semas4 Di Taman Sri Muda Selangor Pagi Tadi

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan BERNAMA sebentar tai mengemas kini situasi banjir di Taman Sri Muda yang melanda kawasan tersebut susulan hujan lebat semalam.

Buat masa ini, beberapa lokasi di Taman Sri Muda mengalami beberapa kejadian limpahan air sungai di kawasan setempat dengan ketinggian paras air kira-kira 0.1 meter sehingga 0.3 meter).

Kejadian ini dipercayai berpunca daripada Fenomena Air Mati iaitu apabila paras air laut dan air sungai berada di paras yang sama. Selain itu, keadaan semasa di Taman Sri Muda juga berpunca daripada faktor hujan renyai yang masih berterusan sehingga kini.

Disebabkan itu, JPS berkata ia sekaligus melambatkan proses penyurutan air di kawasan tersebut.

Untuk makluman, pam air di Pintu Sri Muda dan Kolam Takungan Banjir Taman Sri Muda telah diaktifkan bermula semalam pada jam 11.35 malam dan masih beroperasi secara optimum sehingga kini.

Akhir sekali, semua penduduk terutamanya bagi kawasan yang terlibat diminta untuk sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga serta patuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

sumber :siakapkeli

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments