Kenderaan Bertambah, Aliran Trafik Menghala Ke Pantai Timur Mul4i Perlahan

Lembaga Lebuhraya Malaysia melaporkan trafik perlahan bagi beberapa lokasi di Malaysia.

Berdasarkan hantaran Facebook yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik kelihatan agak perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Aliran trafik kelihatan mulai perlahan pada 7.8 kilometer selepas Hentian Rehat Gombak ke Genting Sempah arah Timur (Kuantan) pada 1.50 petang.

Kredit: LLM

Sebelum ini. aliran trafik perlahan mula dilaporkan di kebuhraya yang sama pada jam 12.21 tengah hari iaitu ketika sebelum memasuki Plaza Tol Gombak arah Timur dan  4.1km dari KM 30.7 hingga Km 34.8, Gombak ke Genting Sempah arah Timur

Kredit: LLM

Selain itu, trafik perlahan juga dilaporkan pada Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), E11. Ia melibatkan beberapa laluan seperti laluan Puchong Utama ke Puchong Intan dan Kelana Jaya.

Dalam pada itu, kesesakan ini dipercayai berpunca daripada jumlah kenderaan yang semakin meningkat di atas jalan raya, berikutan cuti bersempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang akan bermula esok.

Orang ramai boleh mengikuti perkembangan lalu lintas dari semasa ke semasa melalui kemaskini yang dibuat oleh PLUS, Lembaga Lebuhraya Malaysia, Lebuhraya Pantai Timur dan agensi-agensi yang lain.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia via Facebook

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments