Lebih 800 Mangsa Dilapor Terjej4s Akibat Banjir Di En4m Daerah Selangor

Seramai 848 mangsa banjir telah direkodkan di enam daerah di Selangor setakat jam 8 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Kesemua mangsa itu membabitkan 208 keluarga di daerah Petaling, Klang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Sepang.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di keenam-enam daerah tersebut.

Difahamkan, daerah yang mencatatkan pemindahan tertinggi adalah di Petaling iaitu melibatkan seramai 433 mangsa daripada 104 keluarga di dua PPS.

“Dua PPS dibuka iaitu di Masjid Putra Height yang mencatatkan pemindahan seramai 227 mangsa daripada 51 keluarga dan di Dewan Camelia Putra Height pula seramai 210 mangsa daripada 53 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, di daerah Klang pula, sebanyak dua PPS dibuka bagi menempatkan 293 mangsa daripada 64 keluarga.

Manakala, seramai 195 mangsa daripada 29 keluarga dipindahkan ke PPS Masjid Kampung Johan Setia dan ia juga melibatkan 58 mangsa daripada 15 keluarga lagi di PPS Balai MPKK Kampung Jalan Kebun Batu 7 Klang.

Tambah kenyataan itu, daerah Hulu Langat pula memperlihatkan seramai 29 mangsa daripada tujuh keluarga telah dipindahkan ke PPS Sekolah Ulu Semenyih.

“PPS Dewan Bagan Nakhoda Omar pula menempatkan seramai tujuh mangsa membabitkan dua keluarga, manakala PPS Simpang Lima pula seramai enam mangsa daripada satu keluarga,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, seramai 116 mangsa daripada 30 keluarga telah ditempatkan di sebuah di Sekolah Menengah Jeram Kebangsaan (SMK) Jeram.

“Sementara di daerah Sepang pula sebuah PPS dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai Gemilang, Taman Gemilang.

“Bagaimanapun jumlah mangsa dan keluarga di PPS itu sedang dikemas kini,” kata kenyataan itu.

Sumber: Sinar Harian

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments