KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) — Pasaran buruh terus mencatatkan pemulihan stab.il pada suku ketiga 2022 dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 3.7 peratus berba.nding 4.7 peratus pada suku yang sama tahun lepas dan perlahan-lahan kembali kepada kead.aan sebelum pandemik.
Jabatan Perangk.aan dalam kenyataan hari ini berkata bila’ngan penganggur tu.run 18 peratus kepada 611,800 orang berbanding 746,000 orang pada su.ku yang sama pada 2021.
“Dari segi penawaran buruh pada suku ketiga 2022, bilangan penduduk bekerja mening.kat 3.6 peratus kepada 15.83 juta orang berbanding suku yang sama tahun sebelumnya sebanyak 15.70 juta orang.
“Pertumbuhan guna tenaga yang lebih tinggi daripada penuru.nan kadar pengangguran menyebabkan bilangan tenaga buruh meningkat 2.6 peratus kep.ada 16.44 juta orang pada suku itu.
Justeru, kadar penyertaan tenaga buruh terus mengu.kuh sebanyak 1.1 mata peratusan kepada 69.4 peratus,” katanya.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pada suku ke.tiga 2022, peralihan negara ke fasa endemik mendorong rakyat Malaysia untuk kembali kepada kehid’upan hampir normal selepas dua tahun berjuang mela.wan pandemik COVID-19.
Mengenai situasi guna ten.aga tidak penuh, beliau berkata pengukuhan permintaan domestik sepanjang suku ketiga 2022 menyebabkan bilangan penduduk yang bekerja kurang dari’pada 30 jam seminggu terus menun.jukkan trend penurunan dengan merosot 38.2 peratus berba.nding suku yang sama pada 2021, iaitu sebanyak 287,200 orang (suku ketiga 2021: 464,600).
Mohd Uzir berkata bagi prestasi permintaan buruh, jumlah jawatan dalam sektor ekonomi terus bertambah baik dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 3.2 peratus kepada 8.68 juta jawatan (suku ketiga 2021: 8.41 juta), melepasi paras sebelum pandemik.
Beliau berkata prestasi keseluruhan pasaran buruh juga dilihat akan mengekalkan momen’tum positifnya dan lebih berdaya tahan, memberikan isyarat bahawa pasaran bur’uh Malaysia semakin pulih didorong perkembangan sem’asa aktiviti ekonomi.
Bagaimanapun Mohd Uzir berkata pandangan itu tertakl’uk kepada pelbagai cabaran dalam mengura’ngkan kesan pertumbu’han yang perlahan dalam ekon’omi global dan aktiviti perdagangan serta kesan bencana banjir yang dijangka berlaku.
Sumber: BERNAMA