Hanya Spekulasi, Disney Tiada Rancang4n Buka Disneyl4nd Di Melaka

Sebelum ini, sebuah taman tema yang lebih besar dari Genting Highlands dilaporkan akan siap dibina di Melaka pada 2026 dan semalam muncul pula laporan mengatakan bahawa taman tema Disney akan dibina pada tahun 2027 di Jasin, Melaka.

 

Perkara tersebut diumumkan oleh Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis selepas memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) semalam, melibatkan beberapa syarikat termasuk Taming Sari Berhad, Institusi Perbankan (Exim Credit Dubai Zurich Capital Bank & Sparco Bank UK) dan Korea Camping Caravanning Federation A Divisional Corporation (KCCF).

Pengumuman tersebut tidak dihadiri oleh wakil pihak Disney dan terbaharu, Heather Chen yang merupakan seorang wartawan CNN telah menghubungi pihak Disney dan memaklumkan bahawa tiada perancangan rasmi pembinaan taman tema Disney di Melaka sekaligus menjadikan ianya hanyalah spekulasi semata-mata.

 

Tambahnya, mungkin berlaku salah faham sehingga fakta laporan silap dim4na Datuk Muhammad Jailani hanya mengatakan bahawa taman tema yang bes4r seperti Disneyland akan dibuka dan ia bukanl4h satu perjanjin dengan jen4ma Disney seperti diwar-warkan.

Dalam pengumuman semalam, sistem tren maglev sepanjang 22 kilometer untuk menghubungkan kawasan tumpuan pelancong juga akan dibina dan dijangka akan siap pada 2027. Setelah berjaya dilaksanak4n, ia juga akan menjadi kereta api maglev pertama di negara ASEAN.

Untuk rekod, Melaka juga pernah membina Monorel sepanjang 2.5km bagi tujuan tarikan pelancong. Ia dibuka pada tahun 2010 tetapi pernah ditutup beberapa kali akibat pelbagai kemalangan dan kerosak4N

SUMBER:vocket

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments