Sukar Nampak Di Neg4ra Sendiri, Gadis Indonesia Ini K4gum Lihat Banyak Kereta Sedan Dekat Malaysia

Pada Jun lalu satu kajian dibuat oleh pakar keselamatan jalan raya mendakwa jumlah kenderaan di Malaysia ketika ini sudah mencecah puluhan juta unit yang terdiri daripada pelbagai varian model seperti hatchback, sedan, MPV dan SUV.

 

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok @handynandy yang berasal dari Indonesia meluahkan rasa kagum apabila model kereta sedan mudah kelihatan di mana-mana sekitar kawasan Malaysia.

Dalam video berkenaan, Handyna Prafiska merakam kereta-kereta sedan yang ada di beberapa lokasi berbeza seperti di Jalan Sultan, Platinum Walk Setapak, ruang parkir bawah tanah, Jalan Rejang, Jalan Bukit Bintang dan ruang parkir terbuka di Jalan Kia Peng.

 

Menurut netizen, kebanyakkan orang Indonesia menggunakan kereta jenis MPV oleh kerana ia digunakan sebagai ‘kereta keluarga’ untuk memudahkan semua ahli kelu4rga daripada setiap rumah pergi ke suatu destin4si bersama-sama.

Tambah orang ramai lagi yang pernah ke negara itu, kereta yang menjadi kebiasaan digunakan oleh rakyat tempatan Indonesia adalah jenis Toyota Fortuner, Innova dan Lexus.

Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy
Sumber Gambar: TikTok @handynandy

Orang ramai turut memberikan ‘penjelasan’ kepada Handyna bahawa bud4ya pemilikan kereta di Malaysia agak berbeza dengan Indonesia. Di sini kebanyakan satu rumah yang mempunyai keluarga, jumlah kereta boleh melebihi darip4da dua buah kerana setiap seorang ahli keluarga akan memiliki kereta masing-masing.

Ditambah pula dengan harga kereta sedan lebih ‘mampu milik’ berbanding model MPV atau SUV, oleh sebab itulah model kereta berkenaan lebih banyak dan mudah kelihatan di sekitar jalan raya Malaysia.

Netizen turut menyatakan setiap lokasi setempat mempunyai keperluan kenderaan yang berbeza-beza seperti mana penduduk Sabah dan Sarawak lebih banyak menggunakan kereta 4×4 berbanding model sedan seperti di semenanjung.

Sebelum ini ada wanita warga Amerika berasa kagum apabila melihat pusat beli-belah semewah Pavilion beroperasi di Malaysia. Anda boleh baca sebab keterujaannya di pautan ini.

sumber : vocket

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments