Barisan Nasional (BN) Perak bersetuju untuk menjalinkan kerjas4ma dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan negeri baharu Perak sebent4r tadi.
Dalam sidang media sebentar tadi, Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata keputusan sebulat su4ra itu juga telah dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta.
“Sebentar tadi saya dari BN dan Yang Berhormat Aziz Bari dari PH telah berkena4n menghadap Dulu Yang Maha Mulia, kita telah sembah maklum pada Tuanku kedua-dua parti bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama iaitu BN dan PH.
“Itu yang telah kami persembahkan dan sama ada baginda yakin dan bersetuju memperkenan cadangan penubuh4n kerajaan negeri ini. Itu sahajalah,” katanya kepada media di luar Istana Kinta sebentar tadi.
Kerjasama itu menyaksikan gabungan berkenaan mempuny4i 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu majoriti mudah daripada keseluruhan 59 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.