Perikatan Nasional (PN) telah mengemukakan Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dew4n Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).
Perkara itu disahkan oleh Setiaus4ha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi kenyataan rasmi hari ini.
“Parti Perikatan Nasional telah mengemukak4n Surat Akuan Berk4nun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Ahli Parlimen Pagoh, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10 oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
“Jumlah Surat Akuan yang dihantar adalah melebihi 112, iaitu jumlah kepercay4an majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan YDPA memperkenankan supay4 proses bagi semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat juml4h kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), bagi membentuk kerajaan baharu dan pencalonan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehingga 2 petang esok.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Perikatan Nasional via Facebook