YDPA Perken4n Tempoh Kemuka Gabungan & Calon PM Dil4njut 2 Petang Esok

Tempoh bagi ketua parti politik dan gabung4n parti untuk mengemukakan gabungan parti sert4 calon Perdana Menteri di Istana Negara dilanjutk4n sehingga 2 petang esok.

Perutusan rasmi Istana Negara memaklumkan, lanjutan tempoh tersebut adalah di bawah perken4n Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah menzahirkan titah perkenan supaya proses bagi ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabung4n parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehirgga jam 2.00 petang esok (Selasa, 22 November 2022).

“Titah perkenan Seri Paduka Baginda itu adalah susulan daripada permohonan-permohonan daripada ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik yang telah diterima oleh pih4k lstana Negara hari ini.

“Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perd4na Menteri Malaysia ke-10 selesai,” memetik kenyataan Istana Negara h4ri ini.

YDPA menerusi perutusan rasmi Istana Negara turut menitahkan rakyat untuk mendoak4n semoga Malaysia dirahmati, diberkati serta dilindungi darip4da sebarang bentuk bencana dan musibah.

Imbas kembali, YDPA pada semalam bertitah bahawa tempoh penyerahan gabungan parti politik adalah selewat-lewatnya pada pukul 2 petang hari ini.

PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30).

Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Istana Negara

Sumber: Istana Negara

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments