PN Terima Satu Lagi Sur4t Akuan Berkanun, Sokong Muhyiddin J4di PM – Hamzah

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan p4rtinya telah menerima satu Surat Akuan Berkanun daripada seor4ng Ahli Dewan Rakyat yang turut memberi kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan r4smi dalam laman Facebook rasminya.

“PN telah menerima satu Surat Akuan Berk4nun daripada seorang lagi Ahli Dewan Rakyat yang menyatakan kepercayaan kepada YB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Pengerusi Perikatan Nasion4l untuk dilantik sebagai Perdana Menteri (PM) Malaysia Ke-10.

Difahamkan, Surat Akuan Berkanun itu telah dihantar ke Istana Negara pada pagi ini (Selasa).

Semalam, PN dilapor telah mengemukak4n Surat Akuan Berkanun daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-10 oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Jumlah Surat Akuan itu melebihi 112, iaitu jumlah kepercay4an majoriti Ahli Dewan Rakyat yang diperlukan untuk pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

Ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat juml4h kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu mengemukakan Surat Akuan Berkanun serta pencalonan PM ke-10 diserahkan hari ini pada 2 petang kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Sumber: Hamzah Zainuddin via Facebook

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments