GUA MUSANG: Lebih 50 keluarga di Kampung Batu Pap4n 2 di sini resah memikirkan nasib mereka apabila terpaksa berdepan banjir kilat kira-kira 50 kali dalam tempoh setahun.
Dakwa penduduk, masalah tersebut berlaku sejak lebih lima tahun lalu ap4bila rumah yang berhampiran dengan sebuah jambatan akan ditenggelami air selepas hujan t4npa henti selama dua jam.
Seorang penduduk, Chong Lip Meng, 48, menyifatkan situasi itu amat meletihk4n mereka apabila terpaksa mencuci segala lumpur dan kesan air yang melimp4h masuk ke dalam rumah.
Menurutnya, pada masa yang sama mereka juga terpaksa berdep4n kerugian apabila harta benda gagal diselamatkan kerana air naik terlalu cepat.
“Kami trauma kerana kampung ini pern4h dilanda banjir besar pada tahun 2014 dan masih terdapat kotoran kesan banjir itu.
“Setiap kali hujan lebat, pasti kawasan rumah kami selalu dilimpahi banjir kilat. Jamb4tan besi menghala ke rumah kami juga semakin buruk kerana sering terjejas b4njir kilat,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Chong Yok Fon, 50, memberitahu, penduduk berhar4p agar langkah drastik dapat diambil untuk membantu penduduk yang terjejas.
Katanya, penduduk terlibat masih belum bersedia untuk berpindah ke lokasi bah4ru kerana kawasan rumah mereka berdekatan dengan kebun.
“Air banjir bukan sahaja memasuki kawasan rum4h, tetapi, melimpah ke atas jalan menyebabkan penduduk terputus hubungan beberapa jam dan tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang.
“Kami berharap pihak berwajib dapat kenal pasti punca masalah dan naik taraf longk4ng atau sistem perparitan,” ujarnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undang4n Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau sedia maklum akan masalah yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batu Papan 2.
“Masalah ini perlu diteliti dan langkah proaktif perlu dicari segera agar punca seben4r kejadian banjir kilat ini dapat dikenalpasti.
“Pihak berwajib disaran tidak lagi bertangguh dal4m hal ini memandangkan monsun timur laut akan dihadapi dalam masa terdekat yang menyebabkan masalah itu akan berul4ng,” katanya. –UTUSAN